PKR lancar kempen kembalikan hak rakyat Perak

PKR akan melancarkan kempen penerangan “Krisis Perak: Kembali Pada Rakyat” pada jam 9 malam ini di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan (Dataran Pasar Malam), PJS 2D/7 (Markaz PAS PJS).

Berikutan itu satu ceramah perdana akan diadakan di situ malam ini yang akan dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; ADUN Perak, Chang Lih Kang (Teja) dan Kesavan (Hutan Melintang), serta ahli jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad.

Menurut kenyataan biro penerangan PKR hari ini, kempen tersebut akan diteruskan ke seluruh negara dalam masa terdekat ini.

Kempen itu bertujuan memberikan penerangan berkenaan krisis politik di Perak; serta menyampaikan mesej kepada rakyat agar bersatu menuntut hak rakyat dikembalikan.

Perak dilanda kemelut politik apabila BN dan Pakatan Rakyat berebut pentadbiran kerajaan negeri.

Perak diperintah Pakatan selepas pilihanraya umum 2008 tetapi Februari lalu ia diambil alih oleh BN selepas tiga ADUN Pakatan keluar parti menjadi calon Bebas dan menyokong BN.

Sejak itu, isu tersebut telah diheret ke mahkamah. Minggu lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan sebagai menteri besar yang sah.

Berikutan itu, Menteri Besar BN, Datuk Zambry Abd Kadir serta barisan exconya telah mengosongkan pejabat untuk diambil alih oleh Nizar.

Bagaimanapun, pada hari berikutnnya, Zambry berjaya mendapat perintah Mahkamah Rayuan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan mahkamah tinggi berkenaan.

Ekoran itu, Nizar pula mengosongkan pejabat menteri besar untuk membolehkan Zambry kembali bertugas.

Berikutan itu, pelbagai pihak mendesak supaya DUN Perak dibebaskan bagi memboleh pilihanraya negeri diadakan bagi memilih kerajaan baru. – Malaysiakini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s