Isu Menteri Besar Perak: Mahkamah Persekutuan benarkan Nizar merayu

Isu Menteri Besar Perak: Mahkamah Persekutuan benarkan Nizar merayu
Harakahdaily
Thu | Jul 09, 09 | 4:23:24 pm MYT

143862nizar_win_courtPUTRAJAYA, 9 Julai (Hrkh) – Perebutan bagi jawatan Menteri Besar Perak bakal berlarutan di Mahkamah Persekutuan di sini selepas mahkamah tertinggi itu memberikan kebenaran kepada bekas menteri besar Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin merayu terhadap pengisytiharan Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Rayuan sebelum ini mengisyhtiharkan bahawa Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir adalah menteri besar yang sah.

Keputusan itu dibuat Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Malaya Tan Sri Ariffin Zakaria dan Hakim Mahkamah Persekutuan Dato’ Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Menurut laporan akhbar online panel tiga hakim itu memberikan kebenaran itu selepas responden, Dr Zambry, dan pencelah Tan Sri Abdul Ghani Patail tiada bantahan terhadap permohonan itu.

Bagaimanapun, panel tiga hakim itu menolak permohonan Mohammad Nizar bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan yang dibuat pada 22 Mei lepas.

“Ini adalah keputusan sebulat suara, permohonan bagi penangguhan ditolak. Bagaimanapun, kami akan mengambil langkah untuk mendengar rayuan ini secepat mungkin,” kata Alauddin.

Terdahulu, peguam yang mewakili Mohammad Nizar, S. Ambiga, memberitahu mahkamah bahawa peguam utama, Sulaiman Abdullah, tidak sihat dan tidak hadir pada prosiding.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s