Keluarga Teoh tuntut suruhanjaya siasat punca kematian

111_1KUALA LUMPUR, 24 Julai (Hrkh) – Keluarga Teoh Beng Hock menuntut suruhanjaya di raja yang ditubuhkan berikutan kes kematian beliau juga menyiasat punca kematiannya.

Adik perempuan Teoh, Lee Lian, 29, selaku jurucakap keluarga itu berkata mereka mahu bertemu dengan Perdana Menteri bagi memaklumkan secara peribadi permintaan mereka supaya siasatan menyeluruh dijalankan terhadap kes kematian abangnya itu.

“Setelah diteliti, suruhanjaya dengan terma-terma khusus itu hanya berkaitan untuk meneliti dan mengkaji soal siasat yang digunakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Suruhanjaya itu tidak merangkumi siasatan untuk punca kematian dan pihak yang bertangungjawab,” Bernama memetik beliau berkata.

Kenyataan keluarga Teoh itu membayangkan rasa tidak puas hati dengan keputusan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menetapkan hanya satu inkues sahaja yang menyiasat punca terbunuhnya Teoh.

Teoh terbunuh ketika masih dalam siasatan SPRM yang berusaha mencari bukti-bukti penyalahgunaan wang dalam kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Isnin lalu, ketika menjawab soalan tentang kemungkinan Teoh jatuh dari Tingkat 14, yang menempatkan pejabat SPRM itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata: “Kemungkinan besar.”

Teoh adalah setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan penubuhan inkues untuk menentukan punca sebenar kematian Teoh akan menambahkan lagi keraguan rakyat terhadap kes tersebut.

“Rakyat menuntut suruhanjaya di raja yang menyiasat punca sebenar kematian Teoh dan bukan setakat menyiasat cara siasatan yang digunapakai oleh SPRM semasa melakukan soal siasat terhadap beliau,” tegas beliau.

Menurut Mahfuz, suruhanjaya di raja menyiasat punca sebenar kematian Teoh mempunyai bidang kuasa yang lebih luas berbanding inkues yang hanya diketuai oleh seorang majistret.

“Suruhanja di raja bertangungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong sahaja manakala majistret pula tertakluk kepada arahan ketuanya dan ketuanya pula tertakluk kepada arahan lebih banyak lagi ketua,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz juga menggesa rakyat supaya menuntut sidang Parlimen khas diadakan bagi menentukan keanggotaan, bidangkuasa dan prosedur suruhanjaya di raja bagi menyiasat punca sebenar kematian Teoh._

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s