Kematian Teo: Kerajaan negeri kesal keputusan kabinet

SHAH ALAM, 23 Julai (Hrkh) – Kerajaan negeri Selangor kesal dengan keputusan yang diumumkan oleh kabinet yang memutuskan satu Suruhanjaya ditubuhkan dengan terma-terma khusus dalam siasatan kematian pembantu exco, Teo Beng Hock.
111_2
Terma-terma tersebut ialah meneliti dan mengkaji peraturan yang berkaitan dengan soal siasat yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Serta menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi manusia semasa proses soal siasat terhadap Teoh untuk memastikan perkara yang sama tidak berulang kembali.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyatakan kekesalan dengan keputusan itu percaya Suruhanjaya ini perlu dipertaggungjawab untuk menyiasat kematian Teoh dan bukannya inkues seperti yang diputuskan oleh kerajaan persekutuan semalam.

Beliau juga mempersoalkan keperluan untuk menggunakan dua prosiding yang berlainan untuk menyiasat perkara yang berkait rapat dan melibatkan saksi-saksi yang sama.

“Kita telah meminta satu Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian mendiang dan juga kredibiliti SPRM.

“Kita merasakan Suruhanjaya adalah prosiding yang terbaik bagi memastikan keadilan untuk mendiang dan keluarganya,” katanya.

Walaubagaimanapun, katanya, kerajaan negeri akan tetap akan melantik peguam untuk mewakili pihak pegawai kerajaan negeri dalam prosiding Suruhanjaya Diraja dan inkues.

“Langkah ini adalah perlu memandangkan mendiang Teoh adalah pegawai kerajaan negeri dan juga untuk memastikan hak-hak mendiang dan keluarga terbela,” jelasnya.

Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor telah mengumumkan bahawa siasatan SPRM ke atas pegawai daan wakil rakyat Pakatan hanya boleh dilakukan di pejabat dimana mereka bertugas.

Menurut beliau, keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri petang tadi adalah bertujuan untuk menjamin keselamatan pegawai di samping memberi kerjasama kepada pihak SPRM sehingga siasatan ke atas tragedi ini selesai.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri turut mengarahkan semua pegawai perlu memaklumkan kepada penasihat Undang-undang kerajaan negeri jika mereka dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan.

“Kerajaan negeri juga akan melantik satu panel peguam untuk membantu mana-mana pegawai yang disoal siasat,” katanya dalam satu kenyataan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s