Isu ISA: Undian KDN dipertikai

Desakan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tiba-tiba menjunam hari ini dalam undian di laman web berita Kementerian Dalam Negeri (KDN) – tinggal lagi 48 peratus daripada 90 peratus sejak petang semalam.

Jumlah respons bagi soalan keempat “Apa yang anda mahu dari ISA?” pula meningkat mendadak – kepada 30,115 daripada 13,969 respons berdasarkan semakan akhbar berbahasa Cina jam 4 petang semalam – sehingga menjadi bahan pertikaian dan tuduhan ia dimanipulasi.

Sebanyak 12,589 respons atau 90 peratus mahu akta kontroversi itu dihapuskan semalam seperti dilaporkan China Press hari ini.

Malam ini, tinggal lagi 48 peratus atau 14,603 respons mahu ia dimansuhkan.

Sementara 51 peratus atau 15,459 respons ingin ia disemak seperti janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tanggapan pengunjung gerbang berita rasmi KDN juga berubah mendadak dan luar biasa.

Setakat semakan terkini Malaysiakini jam 11.30 malam ini – 49 peratus atau 13,619 daripada 28,012 respons menyifatkan akta itu “zalim”, dan 50 peratus lagi menganggapnya “undang-undang pencegahan.”

Petang semalam, 87 peratus atau 11,836 respons menganggapnya sedemikian. Jumlah respons waktu itu 13,644 berbanding lewat malam ini yang meningkat lebih 100 peratus.

Keganjilan corak respons ini mengundang pertikaian sekumpulan pengguna internet.

Mereka mendakwa respons terbaru bagi dua soalan tersebut – termasuk yang pertama “pada pandangan anda, ISA adalah …” – telah dimanipulasi oleh kementerian berkenaan.

Kenaikan mendadak respons itu berbeza dengan corak jawapan bagi tiga soalan lagi sejak ia dimulakan.

Semakan China Press di laman web http://www.ikdn.gov.my menunjukkan, tiga soalan lain menerima respons antara 12,246 hingga 12,578.

Semakan Malaysiakini malam ini bagi ketiga-tiga soalan tersebut menunjukkan ia tidak naik mendadak, sebaliknya mengikut corak respons seperti Khamis lepas, hari pertama undian ini diberitakan.

Menjawab isu tahap pengetahuan pengunjung berhubung akta tersebut, berdasarkan semakan menjelang tengah malam ini, 94 peratus daripada 14,411 respons memilih “faham”.

Kira-kira 94 peratus daripada 13,917 respons pula menjawab soalan ketiga dengan menyatakan mereka mendapat maklumat tentang isu tersebut daripada bahan bacaan.

Bagi soalan terakhir, 56 peratus daripada 13,983 respons “mengetahui” Amerika Syarikat dan Britain mempunyai akta menentang keganasan masing-masing yang “dirujuk daripada pelaksanaan ISA di Malaysia”.

Sementara 40 peratus lagi, atau 5,661 respons, menyifatkan soalan itu “tidak memberi apa-apa makna” kepada mereka.

Berdepan dengan kenaikan ganjil itu, warga internet yang berbahas di laman perkongsian sosial Facebook kumpulan diskusi 1BlackMalaysia menyifatkan fenomena undian KDN itu sebagai “keengganan kerajaan menerima kebenaran tentang apa yang dituntut rakyat berhubung ISA”.

Semakan Malaysiakini jam 3.10 petang ini bagi soalan keempat menunjukkan 56 peratus atau 13,002 respons mahu ia dimansuhkan, manakala bagi soalan pertama pula menunjukkan 50 peratus daripada 24,418 respons menyifatkan akta itu “zalim”.

Laporan awal tentang undian lima soalan yang dimulakan menjelang jam 9 malam Rabu lalu dapat dilihat di sini (Khamis lalu) dan di sini (Jumaat lepas).

Berdasarkan undian topik-topik yang lepas, tempoh tinjauan di portal berita KDN itu dijalankan selama seminggu.

Data tinjauan awal bahagian grafik Malaysiakini petang Khamis lepas – tidak sampai 24 jam sejak dimuatnaik – seperti berikut:KDN

Malaysiakini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s