Dr Lee Boon Chye mengemukakan Usul Tergempar tragedi runtuh jambatan di Kuala Dipang

27hb Oktober 2009

Kenyataan Media

Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye telah mengemukakan usul tergempar berkenaan tragedi runtuh jambatan di Kuala Dipang di dewan rakyat pada pagi hari ini (27hb Oktober 2009).

Beliau berkata usul ini telah dikemukakan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk di pertimbangkan pada 28hb Oktober 2009.

Menurut usul beliau, pada 10.30 malam, 26hb Okt 2009, satu golongan pelajar Darjah Enam dari Daerah Kinta Selatan Perak telah jatuh ke Sungai Kampar dan terus hilang apabila jambatan gantung yang mereka guna runtuh. Setakat ini masih terdapat 22 pelajar yang tidak dapat dikesan.

Beliau berkata, pelajar tersebut adalah antara 298 orang murid dari Daerah Kinta Selatan yang menyertai Khemah 1-Malaysia di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan.

”Selepas tragedi berlaku saya sempat melawat tempat kejadian pada 2.30 pagi, 27Hb Okt 2009 dan berpeluang temuramah dengan sebahagian dari murid dan ibubapa murid yang terlibat,” kata Boon Chye.

Berikut adalah beberapa fakta berkenaan dengan tragedi itu :

  1. Struktur jambatan gantung yang baru siap dibina tidak mematuhi ciri-ciri keselamatan.
  2. Semasa murid menyeberangi Sungai Kampar yang lebarnya melebihi 20 kaki, tidak ada kawalan dari guru ataupun pegawai yang bertanggungjawab.
  3. Tidak ada jaket keselamatan semasa menyeberangi sungai.
  4. Terdapat 12 orang guru sahaja yang menjaga 298 orang murid.
  5. Usaha-usaha menyelamat tidak memuaskan kerana kekurangan peralatan. Sebagai contoh 4 bot yang dibekalkan oleh Jabatan Bomba tidak ada ‘Spot-light’  dan pegawai penyelamat terpaksa guna lampu picit yang jelas tidak memuaskan.

Beliau mengulas, sehingga kini masih terdapat 22 orang murid yang hilang. Khemah 1-Malaysia di seluruh negara turut diadakan di tempat yang lain. Oleh itu beliau mencadangkan supaya dewan rakyat berbincang Tragedi di Kuala Dipang ini , khusus berkaitan:

  1. Bagaimana usaha-usaha untuk cari dan selamatkan mereka yang masih hilang dipertingkatkan,
  2. Samada Khemah 1-Malaysia di tempat yang lain, di seluruh Negara harus  digantung buat sementara waktu sehingga keselamatan peserta dikenalpasti.
  3. Apakah tindakan yang boleh diambil untuk mengelakkan tragedi tersebut berulang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s