Masalah banjir di Kampung Pengkalan Gate perlu tindakan segera

20hb November 2009

LAHAT – Masalah banjir di Kampung Pengakalan Gate Tambahan 1 masih berterusan sejak landasan berkembar kereta api Ipoh – Kuala Lumpur dibina sejak dua tahun yang lalu di sempadan kampung terbabit.

Penduduk mendakwa masalah banjir terbabit telah berlarutan sehingga ke hari ini dan pihak yang dipertanggungjawabkan hanya mendiamkan diri seribu bahasa.

Menurut penduduk kampung, Umar Ridzuan Mohamad Ali, 72, berkata, rumah yang diduduki sejak tahun 1989 tidak pernah berlaku banjir hinggalah projek landasan berkembar dilakukan.

Menurutnya, sejak landasan terbabit selesai dibina, kampungnya sering berlaku banjir terutamanya pada apabila hujan lebat malah keadaan terbabit amat membimbangkan keluarga serta penduduk kampung.

“Kami penduduk kampung sama sekali tidak menolak kemajuan yang dilakukan oleh kerajaan kerana ia satu perkara yang amat baik bagi semua pihak namun biarlah kemajuan yang dibina tidak menjejaskan kawasan dan penduduk di sekitarnya.

“Cuba pihak terbabit bayangkan ada sesetengah rumah di sini yang telah dinaiki air setinggi 8 inci setiap kali berlakunya banjir tambahan pula keadaan cuaca yang tidak menentu serta kerap berlaku hujan lebat,”katanya kepada Sinar Harian.

Beliau mendakwa, antara sebab utama berlakunya banjir kilat disebabkan sistem perparitan yang tersumbat akibat bendasing serta semak samun yang melingkari kawasan di bawah seliaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

“Sungai yang menjadi sempadan kepada kampung dan landasan kereta api telah dikelilingi dengan pagar besi serta ia telah menjadi kawasan persendirian KTMB dan mereka sendiri sudah  maklum dengan perkara ini.

“Pihak KTMB sendiri telah menghantar beberapa orang wakil beberapa kali sepanjang kami dilanda masalah banjir namun tidak ada sebarang tindakan yang diambil untuk menyelesaikan masalah berkenaan,”katanya.

Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye ketika melawat kawasan terbabit berkata, masalah yang dihadapi oleh penduduk perlu diselesaikan segera oleh pihak yang berkenaan bagi memastikan masalah banjir tidak berulang.

“Ketika lawatan kami memang mendapati kawasan terbabit tidak diselenggarakan dengan baik malah semak samun telah dibiarkan tumbuh menjalar tidak dipotong turut menyumbang kepada permasalahan ini.

“Saya difahamkan oleh penduduk, sebelum landasan dibuat ada pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membersihkan sekitar kawasan terbabit namun ia tidak berlaku lagi malah longkang di dalam kampung juga sudah tidak diselenggarakan,”katanya.

Boon Chye berkata, pihaknya akan menghubungi pihak MBI dan KTMB untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana masalah terbabit telah berlarutan dalam tempoh yang amat lama.

“Penduduk di kampung ini telah dilingkari dengan kebimbangan terutamanya apabila hujan lebat dan saya berharap ia dapat diselesaikan dengan satu jalan ataupun cara yang paling berkesan untuk menanganinya.

“Penduduk di kampung tersebut telah membayar cukai taksiran dan mereka berhak mendapatkan perkhidmatan yang memuaskan,”katanya.

Turut hadir dalam lawatan terbabit Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Perak Fathmawaty Salim dan Ketua Cawangan Pas Kampung Pengkalan Gate, Mat Sarib Udajalil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s