Masalah sungai tersumbat selesai: Lee

LAHAT – Masalah sungai tersumbat dan persekitaran penuh semak samun di tepi landasan kereta api bagi mengatasi banjir yang sering kali melanda Kampung Pengkalan Gate Tambahan mendapat perhatian Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berkata, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan MBI bekerjasama membersihkan sungai itu bagi memastikan keadaan kampung berkenaan tidak lagi menimbulkan masalah banjir.

Menurut beliau, kerja pembersihan parit mengambil masa dua hari untuk disiapkan kerana keluasannya agak besar serta luas. Bagaimanapun, komitmen yang diberikan kedua-dua agensi itu amat dihargai dalam memberi keselesaan kepada penduduk.

“Sebelum ini, setiap kali hujan, air sungai melimpah menyebabkan berlaku banjir kilat sehingga beberapa rumah penduduk dinaiki air,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Boon Chye berkata, dengan kerja pembersihan itu kampung berkenaan tidak lagi dilanda banjir dan sebagai wakil rakyat, beliau akan memastikan segala masalah di kawasan seliaannya dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Saya tidak mahu rakyat menanggung kesusahan berikutan masalah yang berlaku di kawasan mereka dan pada masa sama kerjasama daripada rakyat juga turut diperlukan.

“Hubungan erat antara pemimpin dengan rakyat seharusnya dikekalkan bagi memastikan segala aktiviti atau masalah dapat diselesaikan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/perak/content/story6123555.asp

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s