Takraw amal gaya hidup sihat: Dr Lee

GOPENG – Pertandingan Sepak Takraw Amatur anjuran Skuad Teja, Gopeng di Dewan Tokong Serbaguna Kopisan kira-kira dua minggu lalu mendapat penyertaan membanggakan.

Penganjuran itu memberi manfaat kepada semua terlibat terutama belia yang banyak mengambil bahagian.

Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye yang hadir merasmikan majlis itu berkata, penyertaan dalam aktiviti sukan adalah penting bagi mendapatkan kesihatan badan yang ideal, selain membantu kehidupan seharian berjalan lancar, cergas dan bertenaga.

Menurutnya, penglibatan anak muda dalam aktiviti sedemikian amat baik ke arah mengamalkan gaya hidup sihat yang patut dipraktikkan.

“Diharapkan lebih ramai anak muda menyertai aktiviti sukan bagi meningkatkan tahap kemahiran sedia ada, selain menyihatkan badan dan mengeratkan hubungan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, Chang Lih Kang berkata, beliau bangga kerana dapat menganjurkan pertandingan itu, yang mana pelbagai manfaat boleh didapati dari menyertai aktiviti sedemikian.

“Penganjuran ini adalah usaha untuk memberi peluang kepada anak muda melibatkan diri dalam aktiviti berfaedah seperti bersukan. Takraw juga sejenis sukan yang bagus,” katanya.

Beliau berkata, anak muda seharusnya merebut peluang yang ada dengan menyertai pelbagai pertandingan agar dapat mengamalkan kehidupan sihat, cergas dan bermanfaat.

Pengerusi penganjur, Ahmad Tarmizi berkata, ini adalah penganjuran kedua dan akan menjadikannya sebagai acara tahunan setelah melihat perkembangan baik dan berpotensi untuk dikembangkan.

“Sebanyak 26 regu dari seluruh negeri mengambil bahagian termasuk Tapah, Tronoh, Seri Iskandar dan Teluk Intan. Dengan sambutan menggalakkan ini, kita juga dalam perancangan pada masa depan untuk menganjurkan pertandingan bola sepak atau futsal,” katanya.

Johan pertandingan dimenangi kumpulan Taman Perpaduan E dari Ipoh, naib johan Gopeng A, tempat ketiga Gopeng B dan keempat Taman Tasik C, Batu Gajah.

http://www.sinarharian.com.my/perak/content/story6136494.asp

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s