Dakwa gerai diroboh tanpa notis

LAHAT – Seorang penjaja kedai makanan di Kampung Pengkalan Pegoh di sini kesal dengan sikap pihak berkuasa tempatan (PBT) yang didakwa tidak memberikan sebarang notis sebelum merobohkan gerainya.

Peniaga berkenaan, Mohamad Amin Zaki Amran, 37, berkata, pihaknya mendakwa pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak menghantarkan notis perobohan akan dilakukan sebaliknya hanya menyampaikan berita berkenaan kepada ibunya.

Menurutnya, sepatutnya pihak MBI perlu menghantar notis jika mahu merobohkan gerai agar pihaknya boleh mengeluarkan barang dan mengambil apa yang perlu.

“Mereka hanya memberitahu ibu saya pada dua hari sebelum gerai dirobohkan dan tidak menghantar sebarang notis bertulis kepada saya memandangkan ia melibatkan harta benda.

“Sepatutnya mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya bersikap seperti ini kerana sepatutnya tidak berlaku apatah lagi ia dilakukan dengan cara yang tidak profesional,” katanya kepada Sinar Harian.

Amin berkata, pihaknya membuat laporan polis dan menuntut MBI untuk membayar kerugian sebanyak RM11,000 kerana mendakwa tindakan yang dilakukan pihak berkenaan tidak mengikut saluran atau cara yang sepatutnya.

“Sepatutnya pihak berkenaan bertolak ansur dan memberi notis terlebih dahulu kepada peniaga supaya saya boleh bersedia lebih awal namun tindakan ini dilihat seperti tidak memberi ruang perbincangan dilakukan.

“Saya tidak melihat budi bicara dalam hal ini dan sekurang-kurangnya berilah peluang untuk saya mengambil bumbung, perkakasan dapur dan lain-lain lagi,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye ketika melawat kawasan berkata, pihaknya amat kecewa dengan apa yang terjadi dan PBT harus berunding terlebih dahulu dengan peniaga sebelum tindakan diambil.

“Penguat kuasa perlu mengambil langkah berperikemanusiaan kerana jika pemilik kedai diberitahu atau menghantar notis, dia boleh memindah barangan dan mana-mana keperluan yang dirasakan perlu sebelum ia rebah ke bumi.

“Kita tidak ketahui di mana silapnya dalam hal ini dan berharap pihak berkenaan perlu merujuk serta melakukan kajian terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil demi mengelakkan masalah ini daripada berulang,” kata Boon Chye.

Beliau berharap perkara ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin agar pemilik kedai terbabit akan dibela nasibnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s