Dr. Lee Boon Chye: Program Berkhatan Mengeratkan Silaturrahim Masyarakat Setempat

Gopeng, 21 Dis – Program berkhatan beramai-ramai diadakan di Surau Madrasah Nurul Hidayah, Kg Pengkalan Gate Tambahan. Seramai 15 orang kanak-kanak telah mengikuti program tersebut dan ibu bapa yang telah menanti-nantikan program ini turut bersama anak masing-masing.

Dr Lee Boon Chye selaku Ahli Parlimen Gopeng turut menghadiri program ini khususnya untuk memberikan sokongan moral kepada kanak-kanak tersebut.

Beliau berkata, dari segi perspek kesihatan berkhatan adalah baik untuk kesihatan kanak-kanak, dan program ini juga baik untuk permuafakatan masyarakat yang mengeratkan silaturrahim masyarakat Islam setempat. Dr Lee Boon Chye juga seorang pakar kardiologi.

Beliau juga berkata, Parti Keadilan Rakyat sebagai sebuah parti yang menjunjungkan prinsip keadilan menghormati Islam dan turut berjuang untuk semua bangsa dan agama.

Dr Lee juga memberikan sumbangan kepada 15 kanak yang menyertai program tersebut dan juga hadiah kepada 5 pelajar cemerlang yang telah menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.

Kanak-kanak diarak dan diangkat oleh bapa masing-masing sejauh 100 meter dengan paluan kompang. Selepas itu dimandikan oleh anggota bomba dari Balai Bomba Pengkalan.

Turut hadir ADUN Teja YB Chang Lih Kang, Ketua Ranting Pengkalan Barat Saudara Loke Chee Wai, dan pemimpin dari Parti Keadilan Rakyat Cabang Gopeng.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s