Dr. Lee Boon Chye: Pembinaan Jambatan Kampung Srijaya Tidak Memuaskan

Kerja-kerja pembinaan jambatan di Kampung Srijaya tidak memuaskan Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye setelah meninjaukan kerja tersebut bersama Ketua Kampung Srijaya, En Saroji dan Ketua Kampung Sri Rahmat, En Ahmad.

Beliau berkata, kerja pembinaan yang perlahan dan kos yang melampau tinggi tidak memuaskan penduduk kampung.

“Peruntukan kerajaan yang diberikan sebanyak RM60,000.00 sepatutnya membekalkan jambatan yang memenuhi kod rekabentuk kejuruteraan dan spesifikasi kerja yang baik, tetapi jambatan papan tersebut disyaki tidak memenuhi syarat-syaratnya.”

“Kita perlu memastikan bahawa kos pembinaan tersebut tidak berlakunya penyelewengan, kerja yang disiapkan seharusnya menepati pada kos peruntukan tersebut.”

Terdapat beberapa kelemahan dalam pembinaan tersebut termasuk kaki jambatan dan ketinggian jambatan, jika berlakunya banjir ataupun takungan air sungai yang tinggi, kemungkinan besarnya kaki jambatan akan putus.

Beliau berkata, wang rakyat sepatutnya digunakan secara berhemah untuk membinakan segala kemudahan kepada rakyat. Akan tetapi beliau khuatir dengan keselamatan jambatan ini, seperti mana tragedi yang berlaku di Jambatan Kuala Dipang.

One thought on “Dr. Lee Boon Chye: Pembinaan Jambatan Kampung Srijaya Tidak Memuaskan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s