Dr. Lee Boon Chye: Gula Naik Harga: Rakyat Diseksa, Raja Gula Baru Gembira

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Dr Lee Boon Chye mengatakan bahawa kenaikan harga runcit gula bagaikan “Hadiah Tahun Baru” yang dianugerahkan kepada rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional.
Beliau berkata, impak daripada kenaikan harga runcit gula akan mencetuskan inflasi naik berlaku dalam negara.  Rakyat terutamanya pekerja terpaksa menanggungkan semua kos kenaikkan tersebut tetapi bukannya pengeluar.
Beliau memberikan pandangan setelah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM1.65 sekilogram di Semenanjung, serta RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak.

Beliau mengesyaki bahwa polisi ini dilaksanakan khususnya sebagai “Hadiah” kepada Raja Gula yang baru di negara kita.

Lee Boon Chye, yang juga ahli Parlimen Gopeng berkata, pada tahun 2009 Menteri Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Dato Seri Ismail pernah berkata subsidi gula akan diperincikan, laporan penuh akan dibawakan untuk dibahas dan diluluskan di Parlimen.  Akan tetapi, pengumuman yang tergesa-gesa tersebut ternyatanya kredibiliti kerajaan Barisan Nasional harus dipertikaikan.
“Slogan  <Satu Malaysia, Rakyat didahulukan> menjadi janji kosong yang mengabaikan nasib rakyat Malaysia sahaja, kini rakyat semakin diseksakan.”  Beliau berkata.
Beliau menegaskan bahawa kini kerajaan telah menaikkan salah satu harga runcit barang kawalan, dan roti putih juga dikeluarkan daripada skim barangan kawalan harga.  Tambahan pula mekanisme baru subsidi petrol juga akan dikemukakan pada Mei yang akan datang.  Dijangkan bahawa tahun ini akan menambahkan beban rakyat kerana mencetusnya cabaran inflasi semakin melambung naik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s