Program Sambutan Tahun Baru Cina KEADILAN, Perak

Sempena Tahun Baru Cina akan disambut oleh Kaum Cina di seluruh dunia bermula 14hb sehingga 28hb Februari, Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak turut meraihkan perayaan tersebut dengan menganjurkan Program Pesta Tahun Baru Cina di Dewan Tokong Fook Tat Chee, Kampung Baru Gunung Rapat, Ipoh.  Program tersebut dijalankan pada tarikh 27hb Feb (Sabtu).

Bak kata peribahasa Melayu “tak kenal maka tak cinta”, pengenalan budaya dan tradisi kaum Cina kepada kaum-kaum lain di Malaysia dapat menggalakkan pergaulan antara kaum, dan menanam sikap kekitaan antara satu sama lain. Sebagai sebuah parti politik yang menolak politik perkauman secara habis-habisan, Parti Keadilan Rakyat mengambil langkah proaktif untuk mempereratkan hubungan antara kaum.

Menurut Tan Kar Hing, pengerusi pengelola Program Pesta Tahun Baru Cina tersebut, pihak penganjur berasa amat besar hati kerana telah mendapat sokongan dan sambutan yang menggalakkan daripada banyak persatuan-persatuan di sekitar Lembah Kinta,” kata Tan yang juga merupakan Exco Angkatan Muda KEADILAN Negeri Perak dalam sidang akhbar yang dijalankan pada Isnin yang lalu.

Turut hadir dalam sidang akhbar tersebut termasuk juga YB Chang Lih Kang (ADUN Teja), YB Chan Ming Kai (ADUN Simpang Pulai) dan Pn. Fatmawathy (Ketua Wanita KEADILAN Perak).

Sebanyak 17 unit telah menyertai sesi pameran Kebudayaan dan sejumlah 13 persembahan pentas pada hari berkenaan. Ini termasuklah kaunter pameran tentang Wushu, perubatan tradisional Cina, kaligrafi, FengShui, muzik tradisional Cina, “paper cutting”, lukisan tradisi, tarian traditional, tarian singa dan sebagainya. Para hadirin juga boleh mendapatkan rawatan tabib Cina secara percuma di samping mendapatkan nasihat daripada pakar tilik nasib. Pesta ini akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam pada hari tersebut dan semua dijemput hadir, kemasukan adalah percuma.

Acara kemuncak merupakan Upacara Perasmian yang akan dijalankan pada 12 tengahari di mana tarian singa akan dipersembahkan dan pucuk pemimpin daripada Pakatan Rakyat Negeri Perak akan turut bersama rakyat untuk menyambut Tahun Baru Cina yang meriah ini. Persembahan pentas juga akan diadakan sepanjang hari dan terdapat pertandingan melukis dan mewarna untuk kanak-kanak bawah umur 12 dan ke bawah. Maklumat yang selanjutnya boleh didapati dengan menghubungi Lee (017-3233329) atau Ng(012-7167722).

Tan Kar Hing

pengerusi pengelola Pesta Tahun Baru Cina

One thought on “Program Sambutan Tahun Baru Cina KEADILAN, Perak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s