Dr Lee Boon Chye Menziarahi Penduduk Parlimen Bagan Serai

(Ipoh 9hb)Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, YB Dr Lee Boon Chye akan menziarahi penduduk-penduduk kawasan Parlimen Bagan Serai pada 13hb March(Sabtu), pada pukul 5 petang hingga 7 petang, di Pejabat Cabang Bagan Serai, Parti Keadilan Rakyat (No. 24A, Jalan Harmoni, Pusat Bandar Bagan Serai).

Beliau adalah dipertanggungjawabkan oleh Majlis Pimpinan Pusat Parti khususnya untuk menjaga Parlimen Bagan Serai. Para penduduk di kawasan Parlimen Bagan Serai dialu-alukan datang untuk perbincangan atau masalah dan khususnya tentang suara rakyat yang ingin ditujukan pada sesi Sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 15 March nanti.

Beliau berkata, tindakan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli meninggalkan Parti Keadilan Rakyat dan menjadi wakil rakyat bebas cukup mengecewakan hati pengundi di kawasan tersebut. Akan tetapi, semangat Reformasi tidak akan terhenti-hentinya dengan tindakan khianatnya yang mengutamakan kepentingan politik sendiri.

Beliau juga Ahli Parlimen Gopeng, beliau berkata, Parti Keadilan Rakyat akan meneruskan komitmen yang dijanjikan pada Tsunami politik 8 March 2008. Tindakan mereka yang menukar haluan nyata adalah angkara dan rancangan secara sistemetik oleh sesuatu pihak yang ingin memburukkan nama Parti khsusunya Parti Keadilan Rakyat.

“Tsunami Politik 8hb March menunjukkan semangat dan kehendakan rakyat untuk menggulingkan segala kezaliman demi menegakkan keadilan, hanya dengan sokongan rakyat yang padu untuk menecapi dua parti sistem pemerintahan di tanah air kita.”

Beliau berharap rakyat tidak akan dikaburi mata oleh pihak yang bermotif jahat, dan sebaliknya meneruskan agenda Reformasi demi kebaikan negara dan bangsa. Dengan undi rakyat pada piliharaya ke-13, kita mampu mengubahkan fenomena politik di tanah air.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s