Himpunan aman bantah GST di Parlimen 15 Mac

Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) akan mengadakan himpunan aman bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di hadapan bangunan Parlimen pada Isnin, 15 Mac ini.

Jurucakap Protes, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, rasional himpunan itu diadakan pada tarikh tersebut kerana hari itu merupakan perasmian sidang Dewan Rakyat untuk sesi kedua oleh Yang di-Pertuan Agung, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Justeru, Protes mahu Yang di-Pertuan Agong menyaksikan sendiri bantahan yang disuarakan rakyat dalam perarakan masuk ke Dewan Rakyat.

Himpunan itu akan bermula jam 9 pagi dan akan selesai sebaik sahaja selesai perarakan masuk Yang di-Pertuan Agung.

“Protes memilih untuk mengadakan himpunan ini pada 15 Mac kerana ia hari pertama sidang Parlimen dan pembukaannya akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong. Jadi Tuanku Mizan boleh melihat sendiri dan mengetahui bantahan yang kita tunjukkan,” kata Hatta dalam satu sidang media selepas mesyuarat Protes berhubung himpunan tersebut.

Semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) dijangka akan menyertai himpunan tersebut sebelum masuk ke dewan.

Hatta turut menegaskan, Protes tidak akan memohon permit daripada pihak polis kerana himpunan itu adalah perhimpunan aman dan tidak mengganggu istiadat perasmian Dewan Rakyat.

“Awal-awal saya tegaskan, kami tidak akan memohon permit untuk himpunan ini kerana kami jamin ianya akan berlangsung dalam keadaan yang aman. Kami tidak akan mengganggu ketenteraman awam, dan tidak akan mengganggu lalu lintas,” tegasnya.

Ditanya sama ada himpunan itu akan turut disertai dengan penyerahan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong, beliau berkata, pihaknya belum berhajat untuk berbuat demikian kerana pelaksanaannya akan dibahaskan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.

“Setakat ini kami hanya akan mengadakan himpunan sahaja kerana ia akan dibahaskan di Dewan Rakyat,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S. Arutchelvan berkata, himpunan itu perlu untuk menunjukkan bantahan rakyat memandangkan GST akan membebankan seluruh rakyat.

“GST memang untuk 1Malaysia kerana ia akan membebankan seluruh rakyat sama ada orang tua, muda, mahupun bayi yang baru lahir,” katanya.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua pula menyifatkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mengalihkan bebanan mereka kepada rakyat.

“Kerajaan tidak mahu mengadakan reform sebaliknya pindahkan beban mereka kepada rakyat. Kerajaan masih ada cara lain untuk menambah pendapatan, contohnya mengurangkan ketirisan dalam perbelanjaan mereka,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s