PKR tetapkan perjuangan di Parlimen Bagan Serai

PKR tetapkan perjuangan di Parlimen Bagan Serai

(Ipoh 15hb)Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, YB Dr Lee Boon Chye menjanjikan bahawa komitmen daripada Parti Keadilan Rakyat tetap bersama rakyat di Bagan Serai, walaupun tindakan yang mengkhianati rakyat berlaku.

Beliau menegaskan bahawa Parti Keadilan Rakyat, terutamanya komitmen daripada “Pasukan Khidmat Cabang Bagan Serai” akan terus menunaikan janji kita pada piliharaya yang lepas.  Kita tidak berputus asa walaupun dikhianati, tetapi masa akan menyatakan keikhlasan dan perjuangan kita.

Kordinator Parlimen akan diumumkan

“Kami akan mengumumkan nama wakil sebagai 『Kordinator Parlimen Bagan Serai』 dalam masa yang sesingkat mungkin, di mana mereka yang dipilih akan bertanggung jawab atas kerja-kerja perkhidmatan, program masyarakat dan menyelesaikan masalah-masalah di kawasan tersebut.”

Beliau mengulas bahawa semangat Reformasi tidak akan terhenti-hentinya dengan tindakan khianatnya yang mengutamakan kepentingan politik sendiri.  Tindakan mereka yang menukar haluan nyata adalah angkara dan rancangan secara sistemetik oleh sesuatu pihak yang ingin memburukkan nama Parti khsusunya Parti Keadilan Rakyat.

Dr Lee Boon Chye adalah dipertanggungjawabkan oleh Majlis Pimpinan Pusat Parti khususnya untuk menjaga Parlimen Bagan Serai.  Beliau berasa syukur kerana Komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh Cabang Bagan Serai adalah tinggi, dan mereka sentiasa dalam semangat gempur.  Beliau berkata sedemikian semasa menghadiri satu dialog bersama dengan pimpinan Cabang Bagan Serai, Parti Keadilan Rakyat.

Turut menghadiri dalam sesi dialog termasuk Ketua Cabang Saudara MD Nasib, Timbalan Ketua Cabang Saudara Munawar, Setiausaha Cabang Saudara Ahmad Zaki dan semua pimpinan Cabang Bagan Serai.

Pusat Khidmat Bagan Serai

Beliau menyeru kepada penduduk di Bagan Serai supaya mengunjungi Pusat Khidmat Masyarakat Parti Keadilan Rakyat di Bagan Serai.

Pusat Khidmat Masyarakat Parti Keadilan Rakyat, Cabang Bagan Serai
Alamat No. 24A, Jalan Harmoni, Pusat Bandar Bagan Serai.
No Telefon 05-7216968
Email alorpongsu-adil@yahoo.com.my
Isnin hingga Jumaat Jam 8.30 pagi hingga Jam 5.00 petang
Sabtu Jam 8.30 pagi hingga Jam 1.00 tengah hari

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s