Wakil Rakyat membawa suara pemandu bus ke Dewan Rakyat

(Ipoh 15hb)Berikutan seramai 547 tandatangan pemandu bus ekspres di seluruh Negara, demi membantah laporan akhbar tempatan dengan menggunakan istilah “pelesit” kepada mereka. Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye telah berdialog dengan wakil Jawatankuasa Sementara tersebut demi memahami masalah dan tuntutan pemandu-pemandu bus.

Jurucakap pemandu bus ekspres, Mior Johari Abu Bakar berkata, ekoran daripada penggunaan istilah tersebut, pemandu bus di seluruh Negara mulai bangkit demi hak dan kebajikan mereka, khususnya yang kian hari mereka dipandang serong oleh masyarakat.

Beliau berkata, sebenarnya pemandu bus banyak mengalami masalah terutamanya masalah kebajikan dan hak sebagai pekerja banyak digadaikan. Kini, mereka berharap YB Dr Lee dapat menyuarakan masalah mereka ke Dewan Rakyat khususnya menujukan kepada Kementerian Kerajaan yang berkaitan.

Hadir bersama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, Chang Lih Kang, Naib Ketua dan Exco Angkatan Muda Perak, Romihadi dan Tan Kar Hing, dan Naib Ketua Cabang Gopeng, Megat Ikmal.

Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berkata, dialog tersebut boleh dirumuskan dalam tiga aspek yang utama, termasuk yang pertama iaitu masalah pendapatan pemandu yang tidak seragam serta masalah pekerja skim tetap atau sementara, ini akan menjejaskan kebajikan pemandu dalam syarikat masing-masing.

“Kedua pula berkenaan masalah kebajikan pemandu termasuk Caruman Wang Simpanan Pekerja, SOCSO, tempat rehat untuk pemandu kedua, pemeriksaan kesihatan untuk pekerja juga tidak terjamin.”

Beliau menegaskan bahawa masalah penguatkuasa oleh jabatan atau agensi kerajaan yang mempunyai piawai undang-undang yang berbeza juga menjadikan masalah utama kepada pemandu.

Dr Lee Boon Chye berkata, masalah yang dibincangkan dalam dialog merangkumi banyak aspek, akan tetapi, beliau tetap akan membawakan isu-isu yang dibincangkan ke dalam Dewan Rakyat supaya kebajikan pemandu sentiasa terbela.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s