Dr Lee Boon Chye: Cabar Hishammuddin tumpu kepada PKFZ dan Kapal Selam

22hb Ipoh)Naib Presiden UMNO, Datuk Hishammuddin Hussein diminta bersabar dan menunggu masa dan tempat terbaik untuk Anwar mendedahkan bukti wakil rakyat PKR menerima RM2juta untuk meninggalkan parti.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr Lee Boon Chye menasihatkan beliau jangan panik setelah Anwar mengumumkan isu terebut. Beliau seharusnya lebih tertumpu kepada isu-isu nasional jikalau UMNO tidak pernah berbuat sedemikian.

Beliau sebenarnya jangan tergesa-gesa untuk berucap atas pihak mereka yang keluar parti. Adakah beliau terpikat dengan budaya “you help me, I help you” yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mengulas sedemikian tentang cabaran yang diberikan oleh Datuk Hishammuddin Hussein kepada Anwar supaya mengumumkannya dalam tempoh 48 jam.

rakyat minat isu nasional

Sementara itu, beliau berkata, sebenarnya rakyat lebih berminat dalam isu seperti PKFZ yang melibatkan penyelewengan sebanyak RM12.5 billion, tragedy Kem 1 Malaysia di Kuala Dipang dimana tiga murid sekolah rendah terkorban nyawa dan laporan ketua audit Negara yang mendedahkan salahlaku kerajaan persekutuan.

“Task Force demi Tosk Force ditubuhkan tetapi tidak ada tindakan selanjutnya. Lagipun skandal komisen Kapal Selam Scopene juga dilupai oleh beliau dan seluruh badan kerajaan Barisan Nasional.”

Beliau menegaskan bahawa pemimpin Negara sepatutnya sanggup menunjukkan moral standing dan keinginan politik untuk melawan rasuah. Anwar dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan komitmen yang tinggi,

Beliau berkata, kami memerlukan transformasi secara total khususnya menggubalkan undang-undang seperti Freedom of Information Act, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan memulihkan kewibawaan institusi kerajaan seperti kehakiman, SPRM dan SPR.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s