Dr Lee: Kegagalan RMK9 tidak dijelaskan, unjuran 6% RMK10 terlalu optimis

(22hb, Ipoh)Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berkata, kegagalan-kegagalan RMK9 langsung tidak dihuraikan dalam dokumen RMK10. Ini adalah disebabkan bahawa budaya non-accountability di pihak kerajaan.

Beliau berpendapat bahawa RMK 10 adalah dokumen yang penting demi menentukan halatuju pengurusan ekonomi Negara dalam tempoh 5 tahun dan seterusnya. Masalah yang dikenalpasti seperti kehilangan daya saing berbanding dengan Korea, Singapore dan Taiwan dlm dokumen ini sebenarnya tidak jelas dihuraikan.

“Kerajaan persekutuan berdasarkan apa dengan menetapkan unjuran pertumbuhan 6% untuk perkembangan ekonomi Negara. Ini adalah terlalu optimis dan kemungkinan besar kita akan mengalami kegagalan sekali lagi.”

Beliau berkata, rekod pemerintahan kerajaan pusat Barisan Nasional pada 15 tahun yang lepas amat tidak menyakinkan. Sebagai contohnya, sasaran pertumbuhan ekonomi RMK 7 adalah 8% dan RMK 8 adalah 7.5% tetapi pada hakikatnya hanya mengecapi 4.7% sahaja. Bagi RMK 9 pula yang sasarkan 6% tetapi hanya capai 4.2% sahaja.

“Walaupun kita telah menggunakan lebih banyak perbelanjaan negara, tambahan pula jurang deficit yang lebih besar, akan tetapi kita tetap jauh daripada sasaran.”

Beliau menegaskan bahawa, defisit yang dirancang semasa RMK8 adalah RM28.9 billlion tetapi sebenarnya mencapai sebanyak RM 97.8 billion, dan defisit RMK9 yang dirancang RM 27.9 billion tetapi sebenarnya mencapai RM40.3 billion. Hutang Kerajaan Persekutuan pula telah meningkat semasa RMK9 dari RM 228.6 billion pada 2005 ke 378.3 billion tahun 2010. Ianya jauh melebihi RM351.3 billion yang dirancang untuk 2010.

Agenda Ekonomi Baru telah kenalpasti masalah

Beliau juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, sebenarnya masalah-masalah RMK 9 telah diketahui umum setelah Dato Seri Anwar mengumumkan dalam dokumen Agenda Ekonomi Malaysia pada Ogos tahun 2007.

Beliau berkata, masalah perlaksanaan seperti dasar-dasar yang flip-flop, rasuah berleluasa dan ketirisan yang beterusan menyebabkan rancangan kerajaan selalunya mengalami kegagalan ketara. Oleh yang sedemikian, kandungan RMK 10 cuma merupakan dalam bentuk pembaikan kosmetik sahaja.

Beliau menegaskan bahawa, negara kita kini menghadapi cabaran, kini telah terlepas dari perangkapan pendapatan sederhana dan menuju ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Kita seharusnya selamatkan Malaysia dengan membanteras rasuah, penitrisan dan penyelewengan, supaya kita melaksanakan satu transfomasi secara total.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s