Boon Chye: UMNO Lulus dan Batal lesen judi sukan

(28 Jun, Ipoh) Naib presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr Lee Boon Chye berkata, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan tidak akan mengeluarkan lesen judi sukan kepada Ascot Sports, ini adalah atas desakan suara rakyat dan kemenangan bantahan rakyat terhadap polisi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak transpirasi dan telus.

Beliau juga berkata, ini jelas menunjukkan bahawa lesen judi sukan adalah hasil ataupun idea UMNO yang memulakan dan memutuskannya, perkara ini bukan diputuskan melalui mesyuarat kabinet ataupun Dewan Rakyat tetapi melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang tidak melibatkan mana-mana parti komponen yang lain.

“Kita boleh melihatkan siapakah yang cuba menggadaikan nasib rakyat dengan cara memperkayakan syarikat-syarikat gergasi.”

Beliau berucap sedemikian dalam siri ceramah “Selamatkan Malaysia” di Kampung Baru Kuala Kuang.

Dr Lee juga sebagai Ahli Parlimen Gopeng mengkritik Perdana Menteri bahawa, beliau ingin mendapatkan pandangan dan cadangan rakyat ketika memelihara seekor kucing, akan tetapi, polisi kerajaan yang menjejaskan hidupan rakyat tidak pernah ditanyakan sesekali pun.

Beliau menambah, Perdana Menteri bukan sahaja tidak berani berhadapan dengan rakyat, tetapi juga tidak berani berhadapan dengan wakil rakyat dengan membawakan isu tersebut kepada perbincangan dalam Dewan Parlimen.

Beliau menyifatkan kerajaan BN terutamanya bawah pimpinan Najib Razak selalunya mengamalkan Flip-Flop Policy yang amat tidak menyakinkan rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s