KD Tunku Abd Rahman di perlabuhan kerana bermasalah

Harakahdaily: Kapal selam pertama Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman menghadapi masalah lagi dan terpaksa berlabuh di perlabuhannya di Teluk Sepanggar, lapor The Malay Mail hari ini.

Akhbar itu melaporkan, masalah yang belum dikenalpasti itu dikesan selepas kapal selam itu menjalani ujian air tropikal bulan lepas.

Sejak itu, kapal selam itu kekal di perlabuhan berkenaan.

Februari lalu, sebuah media melaporkan, kapal selam itu mengalami kelemahan teknikal sehingga menyebabkan ia tidak boleh menyelam selama tiga bulan.

Kapal itu hanya mula menjalani ujian air tropikal mulai 20 Februari lalu.

KD Tunku Abdul Rahman telah tauliahkan awal tahun lepas selepas menjalani ujian selama dua tahun di Perancis.

Kapal selam kedua negara, KD Tun Abdul Razak telah selamat tiba 2 Julai lalu.

Malaysia membeli kedua-dua kapal selam itu dengan harga RM3.4 billion pada tahun 2002 daripada pembina kapal selam milik Perancis dan Sepanyol, DCNS and Navantia.

Pelbagai isu telah didakwa berlaku dalam pembelian ini sehingga Mahkamah Perancis telah membuka siasatan ekoran laporan dari Suaram Malaysia.

Joseph Breham, salah seorang peguam Perancis yang memfailkan aduan kepada mahkamah Paris mengenai rasuah pembelian kapal selam Scorpene ini berada di Kuala Lumpur April lalu untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai laporan rasuah dalam pembelian oleh kerajaan Malaysia itu.

Breham, yang bertindak bagi pihak anakguamnya, Suara rakyat Malaysia (Suaram) sebuah NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia, dijangka akan berbincang lebih lanjut dengan Suaram dan lain-lain pihak mengenai kes ini.

Menurut akhbar Asia Sentinel, Brehman akan menyiasat pembelian yang dibuat oleh kerajaan Malaysia ini. Ia dikatakan melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri dan berlaku pada tahun 2002 iaitu ketika Najib adalah Menteri Pertahanan.

Akhbar itu melaporkan, kes ini melibatkan bayaran rasuah bernilai US$151.1 dalam bentuk komisyen kepada syarikat rakan PM, Abdul Razak Baginda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s