UMNO Rampas Tanah Rakyat Lagi!

(Ipoh, 12 Ogos 2010) Ahli Dewan Undangan Negeri Teja, Chang Lih Kang sekali lagi membuat laporan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang pemimpin UMNO peringkat bahagian.

Lih Kang mendedahkan bahawa sebidang tanah yang sedang diusahakan oleh para penternak ikan hiasan dan petani telah diluluskan kepada sebuah syarikat milik seorang pemimpin UMNO peringkat bahagian.

Menurut beliau, jawapan bertulis Dewan Undangan Negeri telah mengatakan bahawa sebidang tanah seluas 50 ekar yang terletak di Kampung Sungai Itek, Gopeng, telah diberikan kepada sebuah syarikat yang bernama Safura House of Diamond Sdn Bhd. Tujuan kelulusan tanah tersebut adalah untuk Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT).

Setelah meneliti laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kami dapati satu fakta yang amat mengejutkan, iaitu salah seorang pemegang saham merupakan Timbalan Ketua Bahagian Gopeng UMNO, Mejar (B) Roslan bin Zakaria!

Pengusaha-pengusaha di tanah tersebut telah membuat banyak kali cubaan untuk memohon tanah, namun semua permohonan mereka ditolak tanpa diberi sebab. Kerajaan negeri di bawah Dato’ Seri Zambry Abd Kadir tidak memberikan tanah kepada para petani tetapi memberi kepada pemaju adalah suatu tindakan yang tidak berperikemanusiaan. Apatah lagi, kerajaan negeri memberikan tanah tersebut kepada kroninya. Ini adalah satu kes rasuah (salahguna kuasa) yang jelas!

Parti Keadilan Rakyat mengecam sekeras-kerasnya kerakusan kerajaan Barisan Nasional ini. Sekiranya perbuatan ini tidak dihentikan, ramai lagi rakyat akan menderita kerana mereka akan diusir keluar dari tanah yang sedang mereka usahakan sekarang.

Lih Kang menyeru SPRM agar mengambil tindakan yang tegas terhadap orang yang bertanggungjawab atas kes ini. Ini adalah kes salah kuasa yang kedua selepas berlakunya skandal penyelewengan tanah di Kampung Sungai Itek juga, di mana Ketua Bahagian UMNO Gopeng, Datuk Hamzah Mohd Kassim telah diberikan kuota 10 lot tanah kampung tersusun.

Ini menunjukkan bahawa UMNO Barisan Nasional telah mereput hingga ke terasnya, sehingga pimpinan-pimpinan peringkat bahagian pun dah rakus dan rasuah.

Untuk mencegah kejadian ini daripada berlaku lagi, saya menggesa agar:
1) Dato’ Seri Zambry dibekukan jawatannya selaku Pengerusi Jawatankuasa Tanah sepanjang siasatan kes ini dijalankan.
2) Batalkan kelulusan Safura House dan memberikan tanah kepada para petani.
3) Membenarkan wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tanah supaya satu sistem check and balance akan wujud.
4) Dato Dr. Mah Hang Soon yang merupakan satu-satunya exco bukan UMNO, perlu jelaskan kenapa beliau tidak menghalang kes ini daripada berlaku?

YB CHANG LIH KANG
ADUN Teja merangkap
Naib Pengerusi Majlis Pimpanan Negeri Keadilan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s