Perak berdepan Defisit Tinggi

Pakatan Rakyat (PR) Perak konsisiten dalam pendirian yang menyatakan Perak berdepan defisit sebanyak RM104 juta jika Rang Undang-undang Perbekalan berjumlah RM80 juta diluluskan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Chan Ming Kai berkata, jumlah defisit negeri sebelum ini RM23.89 juta ditambah RM80 juta menjadikan jumlahnya hampir RM104 juta.

Menururnya, walaupun kenyataan berkenaan dibidas Meteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dengan menyatakan tidak wujud defisit namun ia sangat meragukan.

“Zambry dalam satu kenyataannnya sebelum ini menyatakan tidak wujud defisit kerana negeri memperoleh pertambahan hasil luar jangka sebanyak RM117 juta.

“Namun ini juga bukan satu persoalan besar selain itu kami juga ingin bertanya adakah benar pertambahan hasil luar jangka tersebut disebabkan kecekapan kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri Perak atau sebaliknya,” katanya kepada Sinar Harian.

Ming Kai berpendapat pendapatan luar biasa itu datangnya daripada hasil premium tanah dan kenaikan cukai tanah awal 2010.

“Polisi kerajaan Pakatan Rakyat yang menawarkan pemberian geran kekal kepada kampung tradisonal dan kampung baru menyebabkan ratusan rakyat membuat permohonan namun ia tergantung sehinggalah ditolak pada September tahun lalu.

“Sementara surat tawaran kepada pemilik tanah yang membuat permohonan bagi melanjutkan geran mereka sehingga 99 tahun maksimum, cuma dikeluarkan pada Disember 2009. Maka pemilik tanah majoritinya membuat pembayaran pada 2010 yang menyumbang kepada ‘hasil luar jangka’ ini,” katanya.

Beliau berkata, proses penukaran status geran ini juga melibatkan kos lebih RM500 bagi setiap permohonan.

“Walaupun polisi geran kekal dibatalkan, tetapi kos yang dibayar rakyat ini tidak dikembalikan dan cukai tanah juga dinaikkan secara berperingkat.

“Ke mana wang itu akan dibelanjakan juga menjadi satu persoalan kerana ruang untuk perbahasan tidak dibuka dengan seluas-luasnya berikutan sidang cuma diadakan satu hari sahaja,” katanya.

Katanya,walaupun kerajaan BN merancang untuk menggunakan RM30 juta bagi pentadbiran dan pembangunan sementara RM50 juta lagi untuk pelaburan, bagaimana dengan kenyataan ADUN Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dalam media baru-baru ini.

‘Beliau menyatakan pertambahan peruntukan akan digunakan untuk membantu kontraktor Kelas F yang ketandusan projek ketika ini akibat pembekuan projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) oleh Kerajaan Pusat tahun ini.

“Ini jelas adalah satu bentuk ketidakadilan kerana hasil dikutip dari rakyat hanya dinikmati segelintir individu sahaja, malah ini berbeza dengan corak pemerintahan PR yang berjimat cermat dalam berbelanja sehingga mempunyai lebihan RM100 juta tanpa menaikkan cukai,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s