Sempena Ramadhan, ADUN Teja YB Chang Lih Kang tidak lupa golongan
fakir miskin dalam memberi sumbangan kebajikan kepada warga penduduk
Kg Kepayang.

Walaupun peruntukan kerajaan ADUN PR telah dibatalkan setelah kejadian
perampasan kuasa Barisan Nasional (BN), Lih Kang masih rajin melawat
ke kampung untuk memahami masalah rakyat.

Menurutnya, lawatan ke kampung-kampung di kawasannya merupakan
sebahagian tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat untuk merapatkan diri
dengan masyarakat tempatan.

Katanya, usaha turun padang adalah penting bagi tujuan lebih memahami
masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung.

Lih Kang berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk membantu rakyat
akar umbi yang memerlukan perhatian. Hadir bersama ialah bekas Ketua
Kampung Kepayang lantikan Pakatan Rakyat Haji Harun Na’aemi Bin Abdul
Ghani.

Lih Kang berharap sumbangan yang diagihkan kepada keluarga-keluarga
ini dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung dan membawa
keceriaan kepada mereka untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan
datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s