Gembira dapat baju raya sumbangan daripada ADUN Teja

(Dari kiri) Mohd Arih dan Lih Kang gembira melihat Ayub Bin Ibrahim mendapat baju baru untuk menyambut Syawal yang bakal menjelang.

Kegembiraan jelas terpancar di muka Ayub Bin Ibrahim dan Mohd Aziz Bin
Hamzah apabila mendapat pakaian raya dan barang keperluan harian
daripada sumbangan ADUN Teja, Chang Lih Kang.

Turut hadir bekas Ketua Kampung Pengkalan Baru, Mohd. Arih Bin Mohd
Bakeri juga tidak ketinggalan memberi sumbangan duit raya kepada
mereka yang kurang berkemampuan dalam majlis penyerahan sumbangan
sempena Hari Raya Aidilfitri di Kampung Pengkalan Baru.

Mohd Aziz gembira menerima pakaian raya baru daripada Lih Kang.


Menurut Lih Kang, sumbangan itu sebagai sebahagian tanggungjawab
sosialnya sebagai wakil rakya sempena Ramadan dan Syawal ini dan
sebagai tanda ingatan kepada mereka kurang bernasib baik untuk
sama-sama meraikan hari mulia.

“Seperti tahun yang lepas, kami berusaha untuk membantu keluarga
miskin tegar dengan meluangkan masa untuk memberikan sumbangan kepada
mereka supaya tidak rasa terpinggir menjelang Hari Raya nanti. “
Katanya

Sementara itu, Lih Kang berharap sumbangan itu sedikit sebanyak dapat
memberikan keceriaan kepada mereka untuk menyambut Syawal yang bakal
menjelang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s