Program Ziarah dan Sampaikan Sumbangan

Program ziarah dan sampaikan sumbangan kepada keluarga fakir miskin telah dijalankan oleh ADUN Teja, Chang Lih Kang dan pasukannya di Taman Kinta.

Seramai 10 buah keluarga fakir miskin telah mendapat sumbangan daripada ADUN Teja sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Lih Kang berkata, aktiviti menziarahi penduduk kampung dan menyampaikan sumbangan sentiasa diteruskan terutamanya pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Katanya, program seperti ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dengan golongan yang memerlukan dan pada masa yang sama mengeratkan lagi hubungan baik antara pemimpin dengan masyarakat setempat.

“Sempena menjelang Hari Raya Aidilfitri, kita akan menziarahi golongan yang kurang mampu untuk menyampaikan bantuan seperti beras, gula, tepung, minyak dan sebagainya. Sekurang-kurangnya kita berharap dapat meringankan beban mereka dari segi perbelanjaan.” Kata Lih Kang.

Menurutnya, usaha bersedekah kepada golongan kurang bernasib baik harus digalakan terutamanya kepada mereka yang berkemampuan pada bila-bila masa.

Turut hadir Ibrahim Malbar Ketua Cawangan PAS Taman Kinta, Chematri A/L Subramanian Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Gopeng, dan Pegawai Khas ADUN Teja Rajesh Kumar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s