Prasyarat Pelabur Ke Malaysia, Kes Anwar Jadi Rujukan Dunia

Dari TV Selangor

Kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi penanda aras tahap kepercayaan masyarakat dunia terhadap institusi kehakiman di negara ini.

Ini, kata Pengerusi Biro Antarabangsa dan Biro Latihan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustafa Kamil Ayub mendorong pelabur asing menjauhi negara ini lantaran kes berkenaan membukti ketidakbebasan institusi kehakiman Malaysia.

Sehubungan itu, beliau mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya memberi pertimbangan serius terhadap kenyataan pengasas kumpulan Virgin, Sir Richard Branson.

“Itu gambaran, persepsi dan hakikat yang ada hari ini. Apabila seorang ahli perniagaan masyhur membuat kenyataan sebegitu rupa, ia adalah pandangan yang serius dan harus diterima Perdana Menteri.

“Sistem undang-undang dan perjalanan kes yang adil adalah prasyarat penting di kalangan pelabur asing untuk datang ke Malaysia tetapi pelabur asing meragui perjalanan undang-undang di Malaysia,” katanya kepada TV Selangor hari ini.

Pengasas Kumpulan Virgin, Sir Richard Branson hari ini menyifatkan perbicaraan kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “duri” dalam reputasi Malaysia yang secara keseluruhan boleh dianggap baik.

Bercakap pada persidangan antarabangsa di Kuala Lumpur, jutawan popular yang terkenal kerana berani memberi pandangan tegas, Najib untuk campur tangan bagi memastikan keadilan untuk Anwar.

“Jika anda pemimpin berani, anda harus tegas untuk mengatasi hal yang hanya merosakkan nama baik anda. Hal ini (Kes Anwar) dah lama berlarutan. Ia memberi kesan buruk kepada imej negara ini di kaca mata dunia,” kata Branson.

Mustafa berkata, pengamal undang-undang, ahli perniagaan mahupun ahli politik yang mengikuti perjalanan kes konspirasi kedua itu, pasti menganggap ia sebagai satu konspirasi.

Beliau menyedari ramai pelabur berpotensi mengalih modal ke negara lain kerana tidak yakin dengan sistem pentadbiran dan perundangan bagi menjamin kepentingan perniagaan mereka.

“Jikalau berlaku pertikaian undang-undang perniagaan, mereka akan merujuk kes ke mahkamah Singapura atau Hong Kong. Ini membayangkan ketidakyakinan mereka terhadap perjalanan dan sistem undang-undang di Malaysia.

“Jadi, kerajaan Barisan Nasional dan Najib harus mempertimbang kenyaraan Richard bagi memulihkan keyakinan pelabur kepada Malaysia. Mereka seharusnya bertindak berani tanpa mengutamakan kepentingan politik,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s