Hipokrasi UMNO Dalam Memperjuangkan Bangsa

Dari Tv Selangor

Pengakuan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bahawa hak istimewa orang Melayu sudah ‘terkunci kemas’ dan tidak boleh digugat tanpa perkenaan Majlis Raja-Raja Melayu adalah bukti jelas bahawa parti itu tidak mampu membela orang Melayu.

Perkara ini dinyatakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataan akhbar bagi mengulas ucapan dasar Najib pada Perhimpunan Agung Umno 2010 di PWTC hari ini.

Menurut Izzah, kunci ini juga mendedahkan fitnah politik Umno yang mengatakan bahawa parti itu Melayu dan Melayu itu Umno adalah tidak benar sama sekali.

Kerana kunci ini terletak di tangan Raja-Raja Melayu yang sebenarnya adalah Raja-Raja kepada semua rakyat Malaysia.

“Fitnah politik Umno ini hanya digunakan untuk menguntungkan golongon Umno yang kecil dan memiskinkan rakyat jelata yang ramai seperti yang didedahkan oleh Ketua Pemudanya sendiri di mana setelah 53 tahun Merdeka, 60 peratus orang Melayu luar bandar masih dilanda kemiskinan,” katanya.

Mengulas berkenaan tekad Najib yang mahu terus mempertahankan Putrajaya, Izzah sebaliknya berkata, tekad ini menjadi panggilan keramat untuk rakyat membebaskan Putrajaya daripada Umno.

“Sudahlah dan cukuplah kerana tiba masanya semua Raja dan rakyat memegang kunci ini dan bukan Umno yang menjadi pemfitnah dan hipokrit perjuangan bangsa,” jelasnya.

Dalam kenyataan itu juga, beliau turut menyatakan azam dan tekad jika Pakatan Rakyat mentadbir negara ini. Adalah menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat untuk membuka ruang-ruang baru yang akan mensejahterakan semua rakyat dan mendemokrasikan negara yang berbilang kaum ini.

Kunci ini juga mesti membuka kontrak politik baru dimana undang-undang anti-demokratik seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti(AUKU) dan sebagainya mestilah dihapuskan segera.

“Kunci ini juga menentukan bahawa undang-undang anti-demokratik ini tidak lagi diperlukan kerana hak Melayu telah dikunci kemas melainkan undang-undang anti-demokratik bukan sahaja untuk mengunci tetapi merantai rakyat untuk kepentingan Umno sahaja,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s