Air: MB Selangor ajak rakyat pertahan hak mereka

SHAH ALAM, 30 Nov: Rakyat Selangor tanpa mengira kaum dan usia perlu bangkit untuk mempertahankan hak mereka daripada terus dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang mendapat keuntungan melampau hasil dasar penswastaan perkhidmatan air yang tidak menguntungkan rakyat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata rakyat perlu melakukan anjakan paradigma dengan menolak apa saja tindakan atau keputusan yang merugikan mereka.

Sehubungan itu, Menteri Besar mengajak rakyat Selangor dan Lembah Klang tanpa mengira ideologi politik yang mahu mempertahankan hak mereka untuk mendapat air lebih murah dan perkhidmatan cekap supaya bersama-sama menyertai Kerajaan Negeri menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada 5 Disember ini.

“Kita perlu berubah dan bijak membuat penilaian jika tindakan yang dibuat Kerajaan pemerintah hanya menguntungkan kronik dan membebankan rakyat biasa.

“Rakyat perlu menyokong usaha kerajaan Selangor mengambil alih perkhidmatan air dari Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) supaya kebajikan serta kepentingan rakyat terus terpelihara dan tidak teraniaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat mengenai usaha kerajaan Selangor mengambil alih perkhidmatan air dari Syabas kepada kira-kira 500 Nazir dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid seluruh Selangor di sini, hari ini.

Turut menyampaikan taklimat, Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga Ahli Panel Penilai Air, Dr Dzulkefli Ahmad dan Pengarah Penerangan Negeri, Dr Badrulamin Bahrom.

Kerajaan Negeri menganjurkan Kempen Kembalikan Air Kepada Rakyat untuk menyedarkan rakyat Selangor dan Lembah Klang terhadap usaha-usaha Kerajaan Negeri mengambil alih industri air dari syarikat konsesi supaya perkhidmatan bekalan air lebih efisien dan tarif air lebih rendah.

Kemuncak kepada kempen ini ialah perhimpunan beramai-ramai di Masjid Negara sehingga ke Istana Negara pada Ahad, 5 Disember 2010 untuk menyerahkan memorandum.

Harakahdaily.net

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s