Dr Lee Boon Chye: UMNO dan MCA rampas tanah lagi


Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye mendedahkan bahawa dua bidang tanah di Meru Raya Ipoh telah dirampas oleh UMNO dan MCA dan mengesyaki ini adalah satu lagi skandal penyelewengan rampasan tanah oleh Barisan Nasional.

Beliau berkata, jumlah keluasan tanah tersebut adalah enam ekar di mana MCA dan UMNO masing-masing mendapat 3 ekar tanah.

“Ini jelas menunjukkan bahawa penyelewengan kuasa dan korupsi Barisan Nasional bukannya julung kali berlaku (Isolated Case) tetapi ini adalah kerosakan sistem dan penyelewengan kuasa yang sistematik serta disusun atur oleh Barisan Nasional.”

Beliau mengulas, tanah tersebut adalah terletak di pusat Meru Raya iaitu tempat yang bakal menjadi hub utama pembangunan ekonomi Ipoh menurut Draf Rancangan Tempatan Ipoh 2020.

“Hub pengangkutan awam, BioDcity dan kebanyakkan institusi kerajaan termasuk Majlis Bandaraya Ipoh juga akan bertapak di situ, MCA dan UMNO dijangkan mengaut keuntungan tinggi melalui rampasan tanah tersebut.”

Beliau mengulas, guna tanah kedua-dua tapak tersebut adalah untuk Institusi dan Kemudahan Rakyat tetapi kini dirampas oleh UMNO dan MCA untuk matlamat peribadi.

“Menteri Besar Perak Dato Seri Zambry Kadir dan Presiden MCA Dato Chua Soi Lek perlu menjelaskan kes ini dalam tempoh satu minggu.”

Beliau membongkarkan kes penyelewengan tersebut bersama ADUN Teja Chang Lih Kang dan ADUN Sepetang Tai Sing Ng di sidang media semalam.

Selain itu, Chang Lih Kang berkata walaupun beliau telah mendedahkan dua kes penyelewengan rampasan tanah rakyat sebelum ini, nampaknya pihak kerajaan negeri dan SPRM tidak berniat untuk mengambil tindakan susulan untuk mendakwakan mereka yang bersalah.

Beliau berkata, rampasan tanah kerap berlaku setelah kerajaan Barisan Nasional merampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat Perak sejak tahun 2009.

“Ini akan menunjukkan Barisan Nasional kian hari bermaharajalela untuk merampas tanah rakyat, Slogan “Rakyat Didahulukan” adalah janji kosong oleh kerajaan Barisan Nasional.”

Chang Lih Kang pernah mendedahkan dua kes rampasan tanah rakyat yang berlaku di kawasan Gopeng, Sungai Itek sebelum ini. Rancangan Perkampungan tersusun Sungai Itek diberikan 10 unit sebagai kuota Ketua UMNO Bahagian Gopeng Dato Hamzah dan satu lagi kes dimana tanah seluas 50 ekar diberikan kepada Syarikat Safura House of Diamond Sdn Bhd dengan pemegang saham utama syarikat tersebut adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gopeng Majer (B) Roslan Zakaria.

Beliau berkata, kami sedang mengumpulkan lebih banyak kes penyelewengan kuasa dan rampasan tanah oleh Barisan Nasional dan kami berjanji akan melaporkan kes tersebut kepada SPRM dan Kerajaan Negeri pada masa yang terdekat.

Beliau menggesa pihak SPRM dan kerajaan negeri seharusnya mengambil tindakan yang proaktif untuk mencegah rasuah dan penyelewengan UMNO Barisan Nasional daripada berlaku lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s