Sambutan Hari Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar, Kg. Kepayang



Ahli Parlimen kawasan Gopeng Dr. Lee Boon Chye, ADUN Teja Chang Lih
Kang dan ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai menyambut Hari Thaipusam
bersama penganut agama Hindu di Kuil Sri Subramaniar, Kampung Kepayang
sempena perayaan tersebut.

Seperti tahun yang lalu, Parti Keadilan Rakyat Cabang Gopeng memasang
khemah untuk memberi minuman percuma kepada orang ramai yang melawat
ke kuil tersebut.

Dr. Lee berkata, kerajaan harus menitikberatkan masalah yang dihadapi
oleh masyarakat India terutamanya dalam isu tahan kuil hindu dan isu
pendidikan.

Beliau mengambil contoh kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh
Pakatan Rakyat, sebanyak RM3 juta telah dibelanja untuk kuil-kuil
hindu dan 56 permohonan tanah untuk kuil hindu telah diluluskan oleh
kerajaan negeri Selangor dalam tahun 2010 sahaja.

“Selain itu, Kerajaan negeri Selangor juga tidak lupa memberi bantuan
dalam bentuk kemudahan di sekolah Tamil dan menawarkan pendidikan
lanjutan kepada anak-anak pekerja ladang yang berpotensi.” Kata Dr.
Lee semasa lawatannya ke Kuil Subramaniar semalam.

Menurutnya, walaupun kerajaan Barisan Nasional telah memerintah lebih
daripada 50 tahun di negara kita, nasib golongan minoriti masih tidak
terbela. Sebaliknya prestasi kerajaan negeri Pakatan Rakyat sepanjang
2 tahun telah membuktikan keadilan dan kesaksamaan polisi yang
dilaksanakan untuk semua masyarakat serta menunjukkan perpaduan kaum
yang semakin jitu dan utuh.

Dr. Lee bercadang kerajaan negeri Perak harus mengikut jejak langkah
polisi kerajaan negeri Selangor supaya nasib semua rakyat terbela demi
Malaysia yang lebih baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s