Pemuda Perak masih tunggu fatwa letak ancak

Harakahdaily

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menghantar surat kepada Mufti negeri, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini memohon diwartakan fatwa perbuatan menteri besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menghadiri dan melakukan upacara meletakkan ancak ke tiang seri rumah program Projek Infra Bina Upaya (Ibu) di Kampung Guar, Manong pada 16 Oktober 2010 lalu.

Ketuanya, Zawawi Hassan berkata, Pemuda PAS negeri terus terpanggil bagi mendapatkan penjelasan tersebut setelah Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini mengeluarkan fatwa mengharamkan ajaran Tarekat Naqsyabandiah Al Kholidiyah Kampung Menderang Sungkai yang mana permohonan pihaknya masih belum terjawab sehingga berbulan-bulan.

“Kami merasa agak kesal kerana permohonan kami telah dipolitikkan dan telah meragukan kerana persoalan yang telah dikemukakan adalah perkara besar yang jauh lebih penting berbanding politik semata-mata.

“Dan ianya membabitkan seorang pemimpin besar dan akidah seorang Muslim ujarnya dalam surat berkenaan,” ujarnya dalam surat berkenaan.

Beliau menambah, pihaknya tidak akan memberikan jaminan bahawa perbuatan yang bertentangan dengan akidah umat Islam akan terus menjadi penyakit yang ‘dibenarkan’ oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Ini, ujarnya kerana dengan tanggapan Pemuda PAS negeri bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak sengaja membiarkan perkara itu terus berlaku.

“Akhirnya, sekali lagi kami merayu agar keikhlasan dan kekuatan Y.Bhg. Tan Sri bersama Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak untuk menegakkan kebenaran dan keadilan di dalam perkara ini,” ujarnya.

Tegasnya, perkara asas bagi seorang muslim yang sejati ialah akidah yang benar dan tidak dipesongkan.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s