Takziah Serta Simpati Kepada Warga Jepun

Salam takziah dan simpati kepada warga Jepun

Menginsafi akan bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda negara Jepun beberapa hari yang lalu, saya mewakili warga kepimpinan dan akar umbi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) seluruhnya merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Jepun dan juga rakyat Malaysia yang bermastautin di sana. Tsunami yang diberitakan antara yang terburuk dalam sejarah Jepun jelas merentap sanubari.

Walaupun begitu, kita seharusnya mencontohi masyarakat Jepun yang begitu berdisiplin meskipun ketika berhadapan dengan malapetaka besar. Tahap kesabaran mereka juga sepatutnya menjadi contoh kepada seluruh masyarakat dunia. Kedua-dua ciri penting ini pastinya membolehkan mereka bangkit dengan cepat bagi membina semula bandar yang musnah teruk. Apatah lagi dengan kegigihan dan kesungguhan mereka mengenalpasti kaedah dan strategi serta penyebaran maklumat cepat dan tepat kepada seluruh rakyat, pasti akan membantu.Nyata sekali insiden ini mengundang kesedihan kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga dan sahabat handai. KEADILAN mendoakan agar Tuhan mengurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi kepada mereka yang terlibat. Semoga Kerajaan Jepun cepat menyusun pembangunan semula infrastruktur yang terkesan akibat bencana ini.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti KEADILAN Rakyat

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s