PKR mengutuk penggunaan ISA

Dalam pada semua masyarakat sivil menentang amalan penahanan tanpa bicara tiba-tiba kita dikejutkan dengan penahanan Kadir Hashim yang juga seorang OKU (orang kelainan upaya) di bawah Akta Keselamatan (ISA). Ini menunjukkan bukan sahaja Kerajaan tidak mengendahkan desakan rakyat tetapi ia menggambarkan Barisan Nasional sudah terlalu angkuh. Apatah lagi Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor Jumaat lalu telah meluluskan Usul Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kita difahamkan Kadir Hashim dikaitkan dengan militan di Cambodia. Jika benar dakwaan tersebut, Kadir hendaklah dibawa kemuka pengadilan, dibicarakan dan dibenarkan membela diri. Negara ini mempunyai cukup akta dan undang-undang yang boleh digunakan umpamanya Akta Polis dan Kanun Keseksaan.

KEADILAN dengan tegas dan sekeras-kerasnya mengutuk penahanan tanpa bicara Kadir Hashim yang jelas membelakangi hak asasi manusia. Justeru, penahanan ini sebenarnya hanya bermotifkan politik dan sengaja untuk menenggelamkan isu-isu panas yang berkaitan dengan pilihanraya Negeri Sarawak yang semakin hampir.

Maka, KEADILAN dengan ini terus mendesak supaya akta zalim ISA dimansuhkan dan kesemua tahanan yang ada didakwa di mahkamah dan dibicarakan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada. KEADILAN sedar bahawa ketenteraman awam itu adalah penting dan mesti dipertahankan tetapi penahanan tanpa bicara melalui ISA itu jelas sekali zalim dan di luar kemanusiaan.

Selamatkan Malaysia!

*Kenyataan media oleh Wan Azizah Wan Ismail (gambar kiri) selaku Presiden PKR.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s