Felda pinjam KWSP RM6 bilion, ANAK tuntut penjelasan Najib

Mazlan menunjukkan bukti minit mesyuarat yang mendedahkan permohonan pinjaman Felda daripada KWSP berjumlah RM6 bilion

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dituntut memberi penjelasan segera mengenai tindakan Felda memohon pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang
Simpanan Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan bukti itu yang terkandung dalam minit mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Rancangan Felda Nitar 2, Mersing Johor.

Beliau mempersoalkan tujuan pinjaman itu kerana sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menafikan kenyataan Pakatan Rakyat bahawa Felda berdepan krisis kewangan yang kian parah.

“Sebelum ini  Datuk Ahmad Maslan berkata Felda memiliki kewangan yang kukuh, jika betul apa tujuan pinjaman ini kerana bebanan akhir akan ditanggung peneroka,” katanya ketika mengadakan sidang media di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur tengahari tadi.

Mazlan  turut mengedarkan salinan minit mesyuarat itu kepada wartawan, yang antara lain menyatakan “Felda telah meminjam dari KWSP untuk pembangunan lot peneroka sebanyak RM6 bilion.

Justeru Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat menegaskan, kesan pinjaman dari KWSP memberi implikasi besar kepada pengurusan Felda dan peneroka seluruh negara.

Menurutnya, rakyat masih dikejutkan dengan kemerosotan rizab tunai Felda dari RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2009 seperti yang diakui sendiri Ahmad Maslan di Dewan Rakyat pada 16 Jun 2010.

“Kemerosotan RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun sesuatu yang mengejutkan. Meskipun laporan polis dibuat agar siasatan dilakukan bagaimana wang itu dibelanjakan dan keraguan munasabah terhadap ketelusan pengurusan kewangan, sampai hari ini tidak diketahui apa hasil siasatan itu,” katanya.

“Nampaknya di zaman Datuk Seri Najib Razak menerajui Felda, kawalan kewangan begitu diragui dan pemborosan berlaku secara keterlaluan termasuk membayar faedah persaraan kepada bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Yusof Noor sebanyak RM84,923.

“Selain menggunakan wang Felda dalam kempen pilihanraya kecil (PRK) di Parlimen Hulu Selangor, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor dan DUN Kerdau di Pahang yang menelan belanja jutaan ringgit,” katanya.

Dalam pada itu, Mazlan turut menyelar tindakan Pengerusi Felda ketika ini, Tan Sri Isa Samad yang melakukan banyak pembaziran sejak mengambil alih jawatan itu dari Tan Sri Yusof Noor.

“Belum sampai setahun menjadi Pengerusi Felda, Isa Samad mengambil langkah sangat silap dengan menyerang staf Felda yang menyokong Pakatan Rakyat, menghentam peneroka yang mengurus kebun sendiri dengan bahasa kesat, memperbanyak program bersifat politik di kawasan Felda dengan belanja besar.

“Felda mesti diselamatkan daripada ‘makhluk perosak’ yang sedang mengagihkan projek berbilion ringgit kepada kroni Barisan Nasional (BN). Ubah Sekarang, Selamatkan Felda,” tegas Mazlan.

Keadilandaily

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s