Memorandum: Salahguna Kuasa Polis

Ketua Polis Negeri Perak

YDH DCP DATO’ MOHD SHUKRI BIN DAHLAN

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak
Jalan Sultan Iskandar
30000 Ipoh, Perak
Tel: 05-2451222  Fax: 05-2533911

Salahguna Kuasa Polis terhadap Manivanan A/L Poonga

Kami dari pihak Parti Keadilan Rakyat negeri Perak ingin membawa kes ini ke perhatian pihak tuan kerana menurut maklumat yang diterima oleh pihak kami, pihak polis telah melakukan sesuatu penyelewengan yang amat serius dalam penahanan  Manivanan A/L Poonga.

Manivanan telah ditahan oleh pihak polis sejak 7hb Mei 2011, dan masih belum dibebaskan sehingga hari ini. Menurut seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (Akta 593), tidak kira apapun kes jenayah yang terlibat, seseorang suspek tidak boleh ditahan lebih daripada 14 hari. Namun, pihak polis telah menggunakan taktik “tukar gari” untuk menahan Manivanan lebih daripada 1 bulan.

Selain itu, ibubapa Manivanan juga mengadu bahawa mereka telah saksikan bagaimana seorang inspektor yang bernama Nirmala memukul anak mereka. Kelakuan ini jelas menyalahi undang-undang Negara kita.

Berikut adalah maklumat yang diterima oleh pihak kami:

Kronologi:

1.            Pada 7.05.2011, pada pukul 4.30 pagi Manivanan A/L Poonga dan seorang kawannya telah ditangkap oleh beberapa anggota polis di rumah sewa yang bertempat di Tanjung Malim. Anggota polis telah memasuki rumah dan membawa keluar Manivanan dan seorang kawannya tanpa diketahui apa sebab penangkapan tersebut. Mereka ditangkap dan dibawa ke Balai Slim River.

2.            Selepas 1 minggu penanhanan itu, pihak polis menelefon ibu Manivanan dan memberitahu ibunya bahawa anaknya telah dibawa ke Balai Jelapang.

3.            Pada 23.05.2011, Manivanan telah dibawa ke Mahkamah Ipoh. Ibu bapanya yang turut hadir ke mahkamah diberitahu bahawa anaknya ditahan kerana terlibat dalam kes bunuh dibawah Seksyen 302. Pada hari yang sama Ibu bapa Manivanan telah pergi ke IPD Ipoh untuk berjumpa dengan Inspektor Nirmala dari B Team. Apabila sampai di pejaba, ibu bapa Manivanan ternampak Ins. Nirmala memukul Manivanan melalui cermin bilik. Bapa Manivanan mengetuk pintu dengan kuat supaya Ins. Nirmala berhenti memukul anaknya tetapi Ins Nirmala mengarah ibu bapa Manivanan turun ke bawah. Pada masa itu ibu Manivanan telah pengsan.

4.           Pada 25.05.2011 ibu dan bapa saudara Manivanan pergi ke IPD Ipoh untuk berjumpa dengan Ins. Nirmala. Namun, menurut Ins. Nirmala, mereka tidak dibenarkan berjumpa dengan Manivanan kerana dicaj dibawah Seksyen 302.

5.            Selepas 1 minggu, bapa Manivanan mendapat panggilan telefon bahawa anaknya telah dihantar ke Balai Bercham.

6.            2 hari kemudian, polis telah menelefon ibu Manivanan dan memberitahu bahawa anaknya akan dihantar ke Melaka Tengah (Lokap: 06-2838334) kerana beliau ada kes samun di kawasan itu.

7.            Pada 13.06.2011, bapanya pergi ke Balai Melaka Tengah untuk berjumpa dengan Manivanan. Manivanan memberitahu bahawa beliau tidak bersalah namun akibat paksaan dan seksaan pihak polis, Manivanan telah mengaku sebanyak 7 tuduhan ke atasnya. Manivanan dimaklumkan akan dihadap ke mahkamah pada 19.06.2011.

 

Justeru itu, pihak kami mendesak pihak tuan agar bertindak segera untuk:

a)      Bebaskan Manivanan atau mendakwa beliau ke mahkamah.

b)      Siasat dan ambil tindakan yang tegas terhadap sesiapa yang bertanggungjawab atas tempoh reman yang jauh melebihi tempoh yang dibenarkan oleh undang-undang.

c)      Siasat dan ambil tindakan terhadap Insp Nirmala sekiranya dakwaan mangsa didapati benar.

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s