Negara Demokrasi Jamin Hak Berhimpun Secara Aman-Senator Pattani

Dari TV Selangor

Senator Dewan Negara Thailand bagi daerah Pattani, Dr Worawit Baru @ Ahmad Idris menyifatkan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini sebagai satu kempen penting dan tidak perlu dihalang kerana ia biasa berlangsung di mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi.

Menurut beliau tuntutan terhadap pilihan raya yang adil dan bersih merupakan tuntutan semua warganegara.

“Perhimpunan (ini) merupakan kempen untuk perhimpunan yang bersih, yang adil, yang terlepas daripada sebarang tuduhan.

“Jadi saya ingat (ia) pentinglah kalau kerajaan atau mana-mana pihak tidak ada sesuatu (untuk disorokkan),” kata Dr Worawit.

Himpunan Bersih yang dijadualkan pada 9 Julai ini mendapat tentangan teruk daripada kerajaan Malaysia dan pertubuhan berkaitan Umno seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dan media arus perdana.

Dr Worawit yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Buruh dan Kebajikan Sosial Pattani menyatakan itu perkara biasa memandangkan BN takut kehilangan hegemoni kuasa mereka.

Beliau juga menyatakan keyakinannya dengan keupayaan pimpinan Pakatan Rakyat untuk mentadbir Malaysia jika memenangi pilihan raya umum akan datang.

“Pakatan Rakyat beri gambaran baru (dalam politik Malaysia), melangkaui etnik, tetapi masih lagi menghormati kaum yang banyak,” kata Dr Worawit.

Beliau yang mengenali Anwar sejak 30 tahun lalu turut menyatakan beliau yakin Anwar boleh melakukan perubahan itu.

Menurut beliau, Anwar ketika masih bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pernah menyatakan hasrat untuk membaiki sistem politik Umno ketika itu.

“Saya masih ingat dulu, Anwar pernah kata dia nak masuk Umno untuk mengubah Umno dari dalam,” katanya.

Pada masa yang sama, Dr Worawit sempat menyeru Pakatan Rakyat untuk terus bekerja keras bagi mengekalkan momentum perubahan yang sedang melanda rakyat Malaysia.

“Kalau kita nak lawan dalam politik berdepan BN, strategi kena tetapkan, kajian kena jalankan, dan kerja kena kuat.

“Malaysia ini jadi susah nak tukar sebab rakyat Malaysia sudah biasa diperintah Barisan Nasional,” kata Dr Worawit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s