BN tak mahu BERSIH,jadi kita beri mereka KOTOR

“Mereka tak mahu BERSIH jadi kita beri mereka KOTOR.”

Ini adalah reaksi ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye pagi ini apabila beliau mengunjung sebuah pasar di Gunung Rapat Ipoh, tempat dia ditahan polis minggu lalu kerana memakai baju kuning BERSIH 2.0.

Bersama ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai – yang juga ditangkap minggu lalu atas sebab yang sama – Lee dan anggota PKR Perak memakai baju yang tertera perkataan ‘KOTOR’ kali ini.

Pada kemeja itu, perkataan ‘BN’ dan ’53 tahun menggantikan perkataan ‘bersihkan pilihan raya’.

Menurut Lee ketika dihubungi, anggota polis yang menahan mereka minggu lalu juga tergelak melihat telatah mereka dan diberi peringatan ia mungkin mencetuskan kemarahan kumpulan bertentangan yang lain seperti PERKASA dan Pemuda Umno.

‘Kempen’ yang dilancarkan hari ini juga mendapat pelbagai reaksi positif dan kebanyakan orang ingin tahu di mana mereka boleh memperolehi baju berkenaan.

“Tetapi kita tidak bercadang mengeluarkan lebih banyak. Ini baju keluaran terhad,” katanya.

Lee yang telah memakai baju kuning setiap hari sejak beliau ditangkap pada 30 Jun lalu berkata tujuan kempen”KOTOR” agar rakyat tidak takut berpakaian mengikut kehendak mereka.

“Kami mahu beri jaminan kepada orang ramai bahawa mereka mempunyai hak memakai apa yang mereka mahu dan kami tidak melakukan sebarang kesalahan,” katanya.

Malaysiakini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s