Kenyataan Akhbar: Kes Manivanan A/L Poonga ditahan bawah EO di Ipoh

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berasa kesal terhadap penyalahgunaan kuasa polis yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Manivanan A/L Poonga bukan sahaja ditahan lebih daripada 14 hari, yang salah di sisi undang-undang, yang hanya membenarkan seseorang ditahan tidak lebih daripada 14 hari. Saudara Manivanan juga memberitahu keluarganya bahawa dia terpaksa mengaku sebanyak 7 tuduhan yang dibuat atasnya akibat akibat seksaan dan paksaan daripada pihak polis. Keadaan ini adalah amat serius kerana polis menggunakan keganasan terhadap orang yang disyaki melakukan kesalahan, tetapi tiada kesalahannya dibukti.

Suaram berpendapat, tahanan tanpa bicara merupakan pencabulan hak asasi manusia yang serius kerana tindakan ini telah menafikan hak seseorang tertuduh untuk berhadap ke mahkamah dan mendapat perbicaraan yang adil dan saksama. Selain itu, hak untuk dianggap sebagai tidak bersalah sehingga dibuktikan, serta hak untuk tidak diseksa dan dilayan secara tidak berperikemanusiaan turut dinafikan. Bukan sahaj EO, undang-undang lain seperti ISA, DDA yang membenarkan tahanan tanpa perbicaraan juga amat tidak relevan lagi kerana undang-undang yang sedia ada telahpun mencukupi untuk melakukan pendakwaan atas pesalah.

Mengikut kajian Suaram, bilangan orang yang ditahan tanpa bicara telah bertambah sebanyak 4 kali ganda dalam sepuluh tahun yang terdekat ini. Dengan kata lain, semakin sebanyak orang kehilangan hak asasi mereka sebagai manusia akibat undang-undang zalim ini, dan tahanan tanpa bicara muncul sebagai alat oleh pihak berkuasa untk membuat apa-apa sahaja terhadap mereka yang tidak dapat dibuktikan bersalah, ataupun semasa pihak berkuasa malas untuk mencari bukti.

Oleh itu, kami menyeru agai saudara Manivanan dibawa ke mahkamah, jika polis mempunyai bukti yang sah untuk membuktikan kesalahannya, ataupun dibebaskan dengan serta-merta. Undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa bicara harus dimansuhkan. Sebaliknya, undang-undang anti-seksaan dan diskriminasi, penubuhan IPCMC untuk memantau pihak polis perlu diwujudkan dengan segera. Hanya dengan sistem yang cukup transparensi dan tanpa diskriminasi, barulah hak asasi rakyat jelata terjamin.

Kami menekan sekali supaya kerajaan menghentikan keganasan polis dan tahanan tanpa bicara.

Sekian.

Ong Jing Cheng
Penyelaras
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s