Penahanan EO Berniat Jahat: Manivanan a/l Poonga ditahan tanpa bicara selama 83 hari!

Penahanan EO Berniat Jahat: Manivanan a/l Poonga ditahan tanpa bicara selama 83 hari!

Parti Keadilan Rakyat mengecam sekeras-kerasnya penahanan Manivanan a/l Poonga tanpa bicara selama 83 hari! Penahanan beliau menunjukkan bahawa pihak polis telah menyalahgunakan proses reman yang termaktub di bawah seksyen 117 Kanun Acara Jenayah. Penahanan beliau yang ditukar dari reman biasa kepada penahanan tanpa bicara di bawah EO (Ordinan Darurat) juga jelas membuktikan niat jahat polis.

Manivanan telah ditahan oleh pihak polis sejak 7hb Mei 2011, dan masih belum dibebaskan sehingga hari ini. Menurut seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (Akta 593), tidak kira apapun kes jenayah yang terlibat, seseorang suspek tidak boleh ditahan lebih daripada 14 hari tanpa didakwa di mahkamah. Namun, pihak polis telah menggunakan taktik “tukar gari” untuk menahan Manivanan selama 2 bulan. Sepanjang tempoh tersebut, Manivanan tidak pernah didakwa di mahkamah. Selepas itu, beliau terus ditahan di bawah EO.

Berikutlah kronologi sejak Manivanan ditahan:

No. Perkara
1 Pada 07/05/2011, pada pukul 4.30 pagi Manivanan A/L Poonga dan seorang kawannya telah ditangkap oleh beberapa anggota polis di rumah sewa yang bertempat di Tanjung Malim. Mereka dibawa keBalaiSlimRiver.

 

2 Selepas 1 minggu penahanan itu, pihak polis menelefon ibu Manivanan dan memberitahu ibunya bahawa anaknya telah dibawa ke Balai Polis Jelapang.

 

3 Pada 23/05/2011, Manivanan dibawa ke IPD Ipoh.

 

4 Lebih kurang seminggu selepas itu, bapa Manivanan mendapat panggilan telefon bahawa anaknya telah dihantar ke Balai Polis Bercham.

 

5 2 hari kemudian, polis telah menelefon ibu Manivanan dan memberitahu bahawa anaknya akan dihantar ke Balai Polis Melaka Tengah, Melaka, kononnya beliau ada kes samun di kawasan itu.

 

6 Pada 19/06/2011, Manivanan telah dihantar dan ditahan di Balai Polis Karai, Sungai Siput.

 

7 Beberapa hari kemudian, Manivanan telah dihantar ke Rawang, Selangor. Selepas beberapa hari, beliau dihantar ke Balai Polis Sungai Petani, Kedah.

 

8 Di Sungai Petani, penahanan Manivanan a/l Poonga telah ditukar kepada penahanan tanpa bicara di bawah EO pada 06/07/2011.

 

Manivanan a/l Poonga telah ditahan tanpa bicara (dengan kaedah “tukar gari”) selama 2 bulan, seharusnya pihak polis telah mendapat bukti yang mencukupi untuk mendakwa beliau di mahkamah. Namun, beliau bukan sahaja tidak didakwa di mahkamah, tetapi terus ditahan tanpa bicara di bawah EO yang zalim!

EO atau Ordinan Darurat merupakan undang-undang yang membenarkan pihak polis menahan seseorang suspek tanpa bicara selepas 60 hari. Selepas tempoh 60 hari, suspek boleh ditahan selama 2 tahun tanpa dibawa ke mahkamah sekiranya Menteri Keselamatan Dalam Negeri menandatangani perintah penahanan. Perintah penahanan akan tamat dalam tempoh 2 tahun dan perintah penahanan baru boleh dikeluarkan. Dengan kata lain, seseorang boleh ditahan tanpa bicara untuk seumur hidup!

Undang-undang yang zalim ini tidak sesuai untuk sebuah Negara demokrasi seperti Malaysia, kerana ia jelas bercanggah dengan perkara 10, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights). Perkara 10 menyatakan bahawa setiap orang adalah samarata dan berhak sepenuhnya kepada perbicaraan adil dan terbuka oleh suatu tribunal bebas dan saksama, dalam penetapan hak-hak dan tanggungannya dan sebarang tuduhan jenayah terhadapnya. Perisytiharan ini telah dipersetujui oleh semua Negara Bangsa-bangsa Bersatu, termasukMalaysia.

Justeru itu, pihak kami menyeru pihak berkenaan agar bertindak segera untuk:

a)      Bebaskan Manivanan a/l Poonga dengan kadar segera atau mendakwa beliau di mahkamah.

b)      Mengambil tindakan yang tegas terhadap pegawai polis yang bertanggungjawab atas salahguna proses reman yang telah menahan Manivanan selama 2 bulan.

c)      Mansuhkan Ordinan Darurat (EO) dan undang-undang lain yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s