ADUN Teja melawat Pejuang Kemerdekaan Sebenar

GOPENG – ADUN Teja Chang Lih Kang bersama rombongannya telah menziarahi seorang pejuang kemerdekaan tanah air yang kini bermastautin di Taman Bersatu semalam.

Imam Majid, 86 tahun, merupakan seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar. Beliau pernah ditahan tanpa bicara oleh Penjajah British selama 10 tahun kerana terlibat dalam aktiviti-aktiviti penentangan penjajah.

Pada masa itu, Imam Majid telah bergiat aktif dalam gerakan Angkatan Pemuda Insaf (API), yang merupakan sebuah badan politik berhaluan kiri yang memperjuangkan kemerdekaan Malaya. API merupakan badan politik pertama yang diharamkan oleh kerajaan penjajah British pada tahun 1947.

Imam Majid bukan sahaja fasih dalam bahasa Malaysia, malah beliau juga dapat bertutur dalam bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan bahasa Arab. Beliau dan keluarganya menyambut baik kedatangan wakil rakyat tersebut.

Menurut Lih Kang, beliau bersama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengambil kesempatan menziarahi Imam Majid sebagai tanda penghormatan kepada mereka yang berjasa dalam perjuangan kemerdekaan.

Katanya, terdapat banyak pihak yang terlibat dalam perjuangan kemerdekaan tanah air, tetapi buku teks sejarah hanya memberikan tumpuan kepada sebahagian yang kecil sahaja, seolah-olah hanyalah orang-orang ini sahaja yang membebaskan negara kita dari cengkaman penjajah. Beliau turut berasa simpati terhadap para pejuang kemerdekaan yang bukan sahaja sumbangan mereka tidak diiktiraf dalam sejarah arus perdana negara, malah dilontar pelbagai fitnah dan tohmahan, seolah-olah mereka adalah pengganas.

“Perbahasan tentang siapa pejuang kemerdekaan harus diteruskan secara ilmiah melalui dialog dan forum, tetapi tidak patut ditentukan di mahkamah.” Kata Lih Kang semasa Imam Majid menanya komennya tentang isu Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang didakwa di mahkamah kerana mengemukakan interpretasi sejarah yang berbeza dengan pihak kerajaan.

“Kerajaan Umno-BN kini semakin keterlaluan dengan pelbagai cubaan untuk memutarbelitkan fakta-fakta sejarah mengenai pejuang-pejuang kemerdekaan negara.” Katanya.

Lih Kang yang juga merupakan ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat berkata, isu kontroversi Mat Indera tiada kena-mengena dengan komunisme ataupun perkara lain, tetapi isu yang sebenarnya dimainkan oleh Umno-BN adalah mereka bermotif untuk mencipta sejarah sendiri seolah-olah pemimpin Umno sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air.

Justeru, Lih Kang mendesak pihak kerajaan mengugurkan dakwaan mahkamah terhadap Mat Sabu. Beliau juga mengajak pemimpin BN berdebat secara ilmiah dengan pemimpin Pakatan Rakyat, tentang sejarah kemerdekaan tanahair agar dapat membetulkan sejarah negara kita yang telah diputarbelitkan selama ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s