Kongres di Johor Tanda Baik Perubahan PR

Perwakilan Wanita PKR di Johor

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak Fathmawati Binti Salim mengucapkan taniah kepada semua anggota Parti Keadilan Rakyat kerana penganjuran Kongres Nasional ke -8 berjalan dengan lancar di Johor.

Menurutnya, penganjuran kongres di negeri Johor merupakan tanda baik perubahan kepada Pakatan Rakyat.

“Kehadiran Pakatan Rakyat di negeri Johor khususnya Parti Keadilan Rakyat adalah untuk menembusi kononnya kubu kuat UMNO.”

Beliau berkata demikian selepas pulang dari Kongres tersebut semalam.

Fathmawaty juga mengucapkan syabas kepada Wanita Keadilan dalam usaha mengiktiraf peranan wanita.

“Usaha untuk mencapai 30% kuota calon wanita memang menjadi keutamaan bagi Parti Keadilan. Buktinya dapat dilihat dalam Perlembagaan parti dan organisasi pentadbiran kerajaan Selangor.” Katanya.

Beliau berkata, suara dan pandangan wanita harus dipentingkan.

“Peranan wanita bukan hanya sekadar pembawa suara sokongan dan peraih undi semata-mata. Penglibatan kaum wanita harus dimartabatkan dan diketengahkan seadilnya.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s