Selangor bukti peranan Wanita dihargai KEADILAN

Selangor bukti peranan Wanita dihargai KEADILAN

Ketua Wanita PKR Perak, Fathmawaty Salim

Ketua Wanita KEADILAN Perak, Fathmawaty Salim berkata pentadbiran negeri Selangor adalah bukti jelas bahawa peranan wanita di dalam KEADILAN sentiasa dihargai dan diberikan perhatian.

“Usaha untuk mencapai 30 peratus kuota calon wanita memang menjadi keutamaan bagi KEADILAN. Buktinya dapat dilihat dalam perlembagaan parti dan organisasi pentadbiran kerajaan Selangor,” kata Fathmawaty.

Kerajaan Selangor sememangnya sudah lama memberikan pengiktirafan kepada wanita dalam pentadbirannya.

Buktinya, Selangor mengetengahkan empat Ahli Dewan Undangan Negeri wanita dalam barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajan Negeri Selangor (Exco).

Mereka adalah Teresa Kok (Kinrara), Rodziah Ismail (Batu Tiga), Dr Halimah Ali (Selat Kelang), dan Elizabeth Wong (Bukti Lanjan). Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor juga adalah seorang wanita iaitu Adun Taman Medan, Haniza Talha.

Bercakap lanjut, Fathmawaty juga yakin wanita KEADILAN akan terus berperanan dalam perjuangan KEADILAN menambat hati dan kepercayaan rakyat.

“Peranan wanita bukan hanya sekadar pembawa suara sokongan dan peraih undi semata-mata. Penglibatan kaum wanita hanya dimartabatkan dan diketengahkan seadilnya,” kata Fathmawaty.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s