Sumbangan Kerusi Roda sempena Program WAJAH oleh Wanita PKR

Sumbangan Kerusi Roda sempena Program WAJAH oleh Wanita PKR

(Ke-3 dari kiri)ADUN Teja YB Chang Lih Kang, Ketua Wanita PKR Negeri Perak, Fathmawaty Binti Salim, Ketua Wanita Cabang Gopeng, Asma Binti Mahidin menyampaikan sumbangan kerusi roda

Kehidupan seorang warga emas uzur yang mengalami angin ahmar sejak empat tahun lalu di Kampung Kepayang mendapat perhatian daripada Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa Program Wanita Keadilan Jelajah Kampung (WAJAH) di kampung tersebut.

ADUN kawasan Teja, Chang Lih Kang yang diiringi oleh Ketua Wanita PKR Negeri Perak, Fathmawaty Binti Salim telah menyampaikan sumbangan kerusi roda yang diusahakan oleh Wanita PKR Negeri Perak.

Turut hadir Ketua Wanita Cabang Gopeng, Asma Binti Mahidin, Ketua Penerangan Angkatan Muda Negeri Perak, Ahmad Tarmizi Bin Mohd, Ketua Sri Kandi Negeri Perak, Iza Suraya Binti Zainuddin serta Setiausaha Wanita Negeri Perak, Lee Yin Ying.

Menurut Fathmawaty, program WAJAH yang dilancarkan sejak Julai yang lalu amat berkesan kerana Wanita PKR mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat.

“Ini bukan kali pertama kami bersama wakil rakyat turun padang mendengar masalah penduduk kampung malah kami juga menjelajah banyak kampung dengan membawa agenda Demi Rakyat dan Manifesto Buku Jingga.” katanya selepas menyampaikan kerusi roda kepada warga emas itu.

Beliau berkata, program WAJAH akan diteruskan untuk mendekati pengundi yang kurang mendapat maklumat terutamanya mereka yang kurang berkemampuan dan miskin.

Katanya, beliau akan memastikan Wanita PKR sentiasa dalam keadaan bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s