Anwar, pimpinan utama hadir Himpunan Hijau

KUALA LUMPUR 24 Feb: Pimpinan utama KEADILAN, diketuai Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri himpunan Hijau 2.0 bagi membantah loji Nadir Bumi oleh Lynas Advanced Materials Plant di Kuantan, Ahad ini.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, seluruh ahli KEADILAN juga diarah untuk turut serta dalam himpunan tersebut.

“KEADILAN memberikan sokongan penuh kepada Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan di Kuantan pada 26 Februari 2012 ini.
“Saya juga telah mengeluarkan arahan kepada semua anggota KEADILAN di Pahang khususnya dan di seluruh Malaysia umumnya untuk turut sama menyokong Himpunan Hijau 2.0 dan kempen Hentikan Lynas,” katanya lagi.

Difahamkan, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan turut serta dalam himpunan itu, selain Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan naib-naib presiden KEADILAN.

Menurut Saifuddin, temurapat Pimpinan KEADILAN pada 24 hingga 26 Februari ini yang pada awalnya dijadualkan di Lumut, Perak dipindahkan ke Kuantan, bagi memudahkan mereka menghadiri himpunan berkenaan.

Sebelum ini, Naib Presiden KEADILAN dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat, NGO dan masyarakat setempat telah bersama-sama menentang projek nadir bumi oleh Lynas di Gebeng, Pahang.

Himpunan dijadual berlangsung di padang Majlis Perbandaran Kuantan Ahad ini seawal jam 9.30 pagi, meskipun semalam pihak berkuasa mula mendirikan pagar di sekeliling padang berkenaan.

PAS sudahpun mengerahkan kira-kira 10,000 ahlinya daripada 14 kawasan seluruh Pahang hadir yang dipimpin bersama Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu dan Naib Presiden parti itu, Salahuddin Ayub.

Malah, kepimpinan PAS Terengganu mengerahkan ahlinya- kebanyakan dari Kemaman dan Dungun- daerah yang sangat hampir dengan Pahang- untuk turut serta dalam himpunan itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=27072

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s