Anwar muncul di Pantai Teluk Cempedak…

Merdekareview.com

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menarik perhatian penduduk di Kuantan, apabila muncul di Pantai Teluk Cempedak secara mengejut pada kira-kira jam 11 malam, tadi.  Beliau sempat memberi ucapan ringkas, menegaskan pendiriannya untuk menolak Lynas dan dasar-dasar yang tidak menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat.

Beliau disambut dengan tepukan dan sorakan, juga laungan “Reformasi” apabila sampai di situ.  Ramai yang berebut-rebut untuk bersalaman dan mengambil gambar dengannya.

Anwar (gambar kiri, kiri) sempat singgah di sebuah kedai makanan, memberi ucapan ringkasnya selama empat minit.  Beliau menekankan bahawa ini adalah negara dan tanah rakyat, dan ia harus ditentukan oleh rakyat,  bukan beberapa orang taukeh sahaja.

“Bukan semuanya untuk bisnes sahaja,” kata bekas Timbalan Perdana Menteri ini, “Boleh buat cari untung, tapi jangan korbankan keselamatan dan kesihatan rakyat!”

Sebelum ini, sekumpulan pemuzik berada di tepi Pantai Teluk Cempedak untuk persembahan nyanyian, sebagai solidariti kepada Himpunan Hijau 2.0 yang bakal diadakan pada hari Ahad, 26 Februari.  Sekumpulan anak muda juga mengadakan aktiviti “Occupy Kuantan” dari malam 25 hingga 26 Februari.

Anwar berkata dirinya datang untuk menunjukkan solidariti, menyeru agar penduduk Kuantan menyertai Himpunan Hijau 2.0 di padang Majlis Perbandaran Kuantan 4, pada jam 9.30 pagi Ahad.  “Rakyat mesti bangkit menyatakan hak mereka menolak mana-mana dasar yang tidak menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat!”

Sebelum mengakhiri ucapannya, Anwar mengulangi cabarannya untuk berdebat dengan Perdana Menteri Najib Razak.  “Mengapa takut?  Apa yang ingin diselindungi?  Ini negara demokratik…” katanya, disahut ratusan orang yang mahu melihat debat antara PM dengan Ketua Pembangkang Parlimen ini.

Sebelum Ketua Umum PKR berucap, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin juga menyeru agar rakyat memastikan perhimpunan esok adalah perhimpunan yang aman dan berdisiplin.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReviewedisi Bahasa Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s