Tiada Alasan Kukuh Tolak Laporan Minoriti

Sinar Harian

Speaker Dewan Rakyat tidak mempunyai hak untuk menghalang laporan minoriti daripada dimasukkan ke dalam laporanJawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya, kata wakil Pakatan Rakyat (PR).

Ahli Jawatankuasa PSC, Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) berkata, usul pindaaan dikemukakan kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah ditolak tanpa sebarang alasan kukuh.

“Kita minta supaya keputusan itu diteliti semula kerana tiada peraturan dari mana-mana peraturan mesyuarat yang menghalang Speaker untuk membolehkan laporan minoriti dimasukkan dalam laporan terakhir PSC.

“Walaupun pada awalnya Speaker mengaitkan beberapa beberapa amalan di beberapa buah negara, tetapi kita telah kemukakan beberapa amalan yang turut dilaksana, malangnya ia ditolak,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam. Continue reading

Pakatan gesa lima masalah PRU tidak diselesaikan PSC diberi perhatian

Keadilandaily.com

KUALA LUMPUR 2 April: Kemenangan pejuang deokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi memperolehi satu kerusi Parlimen dalam pilihan raya kecil di negaranya merupakan satu inspirasi buat pejuang demokrasi di rantau ini dan seluruh dunia.

Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff sewaktu mengulas kemenangan Suu Kyi semalam.

Mengulas lanjut, Yusmadi yang juga merupakan Setiausaha Kaukus Asean Inter-Parliamentary Myanmar berkata walau pun kemenangan itu bukan satu kemenangan keseluruhan buat Suu Kyi dan partinya, ia tetap mengesahkan mandat rakyat buat Suu Kyi selama ini.

“Kemenangan ini bukan kemenangan baru, ia dipanggil pengesahan semula mandat oleh Aung San Suu Kyi bagi memimpin agenda demokrasi di Myanmar.

“Walaupun bukan kemenangan keseluruhan, ia sudah cukup untuk beri nafas baru kepada pejuang-pejuang demokrasi rantau ini yang mungkin agak lesu (kerana cabaran berpanjangan),” katanya. Continue reading

Tolak laporan minoriti bukti Speaker enggan bersih daftar pemilih

Keadilandaily

KUALA LUMPUR 3 April: Kengganan Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi ruang kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk membahaskan usul laporan minoriti PSC dilihat terlalu angkuh dan tunduk kepada Barisan Nasional.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Speaker tidak mahu membincangkan laporan itu kerana ia memuatkan isu pokok iaitu daftar pemilih yang diragui tetapi tidak diberikan perhatian oleh PSC. Continue reading

Speaker gagal kawal Dewan, tolak laporan minoriti

Keadilandaily

KUALA LUMPUR 3 April: Kekecohan berlaku dalam perbahasan meluluskan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) di Dewan rakyat.

Ia bermula usul Pakatan Rakyat untuk membuat pindaan memasukkan laporan minoriti ke dalam laporan akhir PSC ditolak Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar berkata Dewan tidak mempunyai kuasa mengubah keputusan seperti yang diputuskan PSC. Continue reading