Speaker gagal kawal Dewan, tolak laporan minoriti

Keadilandaily

KUALA LUMPUR 3 April: Kekecohan berlaku dalam perbahasan meluluskan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) di Dewan rakyat.

Ia bermula usul Pakatan Rakyat untuk membuat pindaan memasukkan laporan minoriti ke dalam laporan akhir PSC ditolak Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar berkata Dewan tidak mempunyai kuasa mengubah keputusan seperti yang diputuskan PSC.

“Peraturan mesyuarat 30 (1), itu tidak merangkumi apa-apa yang dibentangkan pada hari ini. Peraturan ini meminta supaya usul ia diterima majlis atau tidak.

“Apabila yang berhormat membangkitkan 30 (1), majlis atau pun saya tidak mempunyai kuasa mengubah apa-apa kuasa jawatankuasa khas,” katanya.

Sambil merujuk kepada amalan yang diguna pakai di New Zealand, Pandikar mendakwa New Zealand menolak laporan minoriti dan ia tidak diguna pakai di sana.

Azmin Ali yang membawa usul itu, kemudiaannya bangun dan mengatakan ia ada diguna pakai beberapa negara Komanwel.

Sekumpulan penyokong Barisan Nasional bangun dan membuat kecoh ketika ahli Parlimen Pakatan Rakyat cuba mengemukakan hujah mengenai amalan tersebut.

Speaker yang kelihatan seperti kurang sabar dengan gelagat Ahli Parlimen kemudiaanya meluluskan laporan akhir PSC setelah majoriti Ahli Parlimen BN bersetuju.

Speaker kemudiaanya membuat keputusan untuk mennaggguhkan persidangan higga pukul 10 pagi esok.

Azmin Ali ketika ditemui di lobi Parlimen berkata, tidak ada mana-mana peraturan mesyuarat yang menghalang Speaker memasukkan laporan minoriti dalam laporan terakhir PSC.

“Walau pada mulanya Speaker mengaitkannya dengan beberapa amalan di New Zealand, kita juga mengemukakan amalan sama di New Zealand apabila ada satu prosiding yang berlaku pada 17 Feb 2010, amalan ini diguna pakai.

“Di Jamaica juga membenarkan laporan minoriti dibentangkan dalam Parlimen dan kita bersedia sekiraya majoriti (Parlimen) menolak minoriti itu.

Tetapi Speaker tak boleh menggunakan kuasa menghalang laporan minoriti ini dibentangkan di atas meja setiap ahli Parlimen untuk dibahaskan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s