Tolak laporan minoriti bukti Speaker enggan bersih daftar pemilih

Keadilandaily

KUALA LUMPUR 3 April: Kengganan Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi ruang kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk membahaskan usul laporan minoriti PSC dilihat terlalu angkuh dan tunduk kepada Barisan Nasional.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Speaker tidak mahu membincangkan laporan itu kerana ia memuatkan isu pokok iaitu daftar pemilih yang diragui tetapi tidak diberikan perhatian oleh PSC.

“Daripada awal sidang ketiga-tiga ahli jawatankuasa yang mewakili Pakatan Rakyat menegaskan keperluan mengemukakan laporan minoriti.

“Speaker menolak dengan alasan ia tidak pernah ada amalan. Kita kemukakan, dan dia baca keputusan New Zeland sebahagian dan tidak baca lengkap. Di New Zeland dibenarkan, Auutralia dibenarkan, Kanada, UK dan Jamaica membenarkannya,

“Dia kemudiannya tidak mahu mengulangi perbincangan. Walhal sebelum ini dia mencabar Pakatan Rakyat mengemukakan alasan amalan ini. Bila kita kemukakan dia tak mahu dengar.

“Bila Ahli Parlimen membangkitkan isu ini dia tidak hadir,. dia masuk terus gantung (Ahli Parlimen), ini jela menunjukkan keangkuhan, tidak mahu mendengar penjelasan, dan tunduk kepada tuntutan Umno semata-mata.

“Kerana saya lihat mereka engan mengesahkan laporan mjnoriti ini sebab ia menjelaskan isu pokok bahawa SPR gagal membersihkan senarai daftar pemilih,” katanya di lobi Parlimen.

Anggota PSC daripada Pakatan Rakyat pagi tadi memohon satu Laporan Minoriti dimasukkan dalam laporan akhir PSC untuk mengetengahkan lima perkara yang tidak selesai.

Tindakan ini bertujuan membolehkan apa-apa perolehan mereka sebagai anggota PSC itu turut didengari walaupun ditolak secara majoriti dalam mesyuarat PSC.

Usul itu dikemukakan oleh Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali merangkap Ahli Parlimen Gombak; Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook; dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s